Tuesday, January 11, 2011

Terima kasih sangat!!!!!!!!!!

dimulakan dengan Bismillah....
okeh Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca :)

hari ni nak post benda yang agak lama terbuku dalam hati ni.ok tak?? :D

akhir tahun lepas kak kuria baru masuk semester 4,tinggal lagi 2 semester.tapi yang kak kuria tak puas hati ni adalah kerana markah "coursework" kak kuria untuk 1 subjek sem lepas sikit sangat. :(

tentang PNG kak kuria yang "down",kak kuria redha la sebab manusia ada naik turun jugak..tapi "coursework" subjek ni,memang kak kuria sangat tak puas hati!

pensyarah lain dan semua pensyarah tetapkan dalam "coursework" mesti ada markah untuk test,tutorial,dan juga assignment.penyarah lain semua ok dan bertimbang rasa.tapi....

mdm.s kak kuria ni memang lain dari penyarah lain.dia tak tahu ke?mana mungkin..mentang-mentang penyarah separuh masa,takkan tak tahu? takkan tak tanya?
sepanjang dia mengajar semester lepas,memang kami banyak bersabar,hormat dia kerana kami tahu taraf kami.kelas 2 jam,dia mengajar 15minit dan masa yang lebih dia habiskan bercerita tentang suami dan anak dia.sekali-sekala ok la,tapi tiap kali kelas macam tu.siapa boleh tahan??

sewaktu dia mengajar,test dia buat suka suki hati dia je tanpa berutahu kami dulu.tutorial?jangan harap..tak pernah bagi..ape?assignment??haram...mana ada assignment.mesti pembaca akan cakap ok la tu,sempoi je..senang kerja tak ade benda-benda tu kan? masalahnya pada kertas markah "coursework" kami dia bagi kami 0% untuk tutorial dan assignment sedangkan benda tu dia tak bagi bukan kami tak hantar.agak-agak lah kot nak buat macam tu.sengaja ke?sengaja nak jejaskan "pointer" kami? mdm.s....dengan bantuan sedikit sebanyak dari "pointer" tu juga la kami nak cari rezeki.

yang paling best kami dengan dalam ramai-ramai pelajar yang dia mengajar,seorang je yang boleh A. tu pun senior kak kuria yang paling rapat dengan dia.

soalan kak kuria untuk mdm.s -> adil ke buat macam tu? ape masalah mdm.s?? apa salah kami? ada kami ponteng kelas? ada kami kurang ajar?

kak kuria tak sangka dia boleh buat macam tu dan dia boleh hantar pesanan ringkas kepada kak kuria,macam dia tak bersalah pun.suci je....

MDM.S "KAMI" PELAJAR DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING, BAC.IN ACCOUNTING(HONS), BAC.IN INTERNATIONAL BUSINESS(HONS) .... TAK PUAS HATI!!!!!!!!!!! NAK KAMI BUAT SURAT ADUAN KEPADA DEKAN ATAU HQ???

mdm.s dah jejaskan CGPA ramai pelajar degree(amnya)/diploma yang sudah akahir semester sepatutnya layak dapat ijazah kelas pertama dengan sistem dan cara mdm.s yang tak sistematik dan agak pilih kasih.

mdm.s.....terima kasih sangat. jumpa di semester berikutnya dan kami tak akan tertipu lagi dengan caramu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...