Tuesday, January 25, 2011

'1st GA from Aesya'




motto hidup kak kuria :

- buat ape je selagi ianya betul
- pilih untuk setia
- hidup mesti sentiasa berusaha!

kak kuria nak tag... :

1. Barlisuam
2. Nieynasz
3. Rafina


kalau ade sesiapa lg nak join,silakan sebab masih valid till 30 Jan 2011

ni dia punya tempat AESYA ZEALOUS

salam sayang,
kak kuria...

Contest Blog Paling Cantik Comel dan Kemas :)

assalamualaikum,
entry kali ni juga pasal kontest... :) rasa nak join je semua kontest yg mudah2 ni.. cuba nasib la katakan.. so kontest kali ni dari Farzana Farzanto -> BLOG PALING CANTIK COMEL DAN KEMAS




syarat2 penyertaan :-

1. Jadi Follower FARZANA FARZANTO

2. Peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri diPelangiwardrobe Hannah. add dalu baru boleh tengok baju2 disana)

3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, blog paling comel dan blog paling kemas.
4. buat 1 entry pasal contest nie
5. tag kepada 5 orang rakan blogger
6. letak banner kat side bar blog dan linkkan ke entry ini
7. tarikh tutup 10.02.2011


kak kuria nak tag benda ni kat sape ekk??.. ok..mereka!!

1. Rafinamimi
2. Nieynasz
3. Barlisuam
4. Hati
5. Asrul

so selamat ber"contest" ye.. hehe

salam sayang,
kak kuria :)

Sunday, January 23, 2011

Saya Mahu Menjadi Blog Pilihan Kodet



assalamualaikum kaki blogger,
lama kot kak kuria tak post entry baru kan? tadi tengah2 skodeng blog,ternampak la blog Kodet ni. ade pulak dah "contest" tapi kak kuria pun tak tahu valid ke tak cara kak kuria ni. tapi apepun kak kuria nak cuba jugak la "join"..

kata si Kodet ni,kalau terpilih jadi blog pilihannya.. Kodet ni akan promote la link kita kat reader, tu sebab utama kak kuria join benda ni sebab kak kuria tahu blog kak kuria tak popular, dan mungkin org tak tahu pun pasal blog kak kuria. :-/

*** _______________________ ***

Cara nak join :
1. Buat satu entri bertajuk saya mahu menjadi blog pilihan Kodet
2. Letak gambar di atas tu sebagai gambar untuk entri yang korang tulis tu .
3. Lepastu tulis kenapa korang nak dimasukkan ke dalam Blog Pilihan Kodet .
4. Senang kalau malas nak tulis just copy n paste dlm blog korang . Itu saja .


Cara Pemilihan Blog Pilihan Kodet
1 . 3 Pemenang akan dipilih
2. Kalau blog korang menarik bagi pandangan aku memang korang mesti masuk .
3. Kalau tak ramai yang join , mesti lagi senang la korang nak masuk dlm list ni .


Jadi apa tunggu lagi , tulis entri kosong , lepastu letak link entri di situ , korang join dapat untung juga nanti sebab aku akan check 1 blog korang untuk aku pilih siapa yang akan masuk dalam blog pilihan aku . Itu saja .

PS : Cara pemilihan bukan berdasarkan review korang , tapi blog korang dengan entri - entri di dalam blog korang tu . So aku tak kisah macam mana review tu , aku cuma nak tengok blog korang je . So dua - dua untung kan . Dah lama aku pasang ni , mungkin 1 tahun kot ada benda ni... atau tahun depan depan depan ada lagi..

Tarikh Tamat : 5 Februari 2011.


sape2 yang berminat,join la.

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG





HAI , BARU 1ST TIME JOIN BENDA MACAM NI.APEPUN CUBA NASIB MANA TAHU DLM RAMAI2,TERPILIH PULAK BLOG SY KAN.. RASANYA BLOG SY TAK HEAVY METAL SANGAT KOT.. SALAM UKHWAH,KEEP TOUCH BEN


P/S : SAYA TAK TAHU KENAPA POST WALL SAYA BERMASALAH. JADI SAYA TAK DAPAT NAK "LINK" ENTRY BEN KAT POST NI (T_T)

Tuesday, January 11, 2011

Kalau berpacaran (cover) - Najwalatif

Best ekk?

assalamualaikum....

best ekk "couple"? macam best je la kan?(buat muka tak tahu)haha..
tapi ingat-ingat sikit ye..duduk jauh-jauh,jangan pegang-pegang...huhu karang parents dapat cucu segera pulak..

selamat bercinta kepada yang tengah bercinta,cuba lagi kepada yang putus cinta,jom bercinta kepada yang belum mula.jangan had cinta kepada manusia sahaja..selamat mencari cinta hakiki dan abadi..

http://www.youtube.com/watch?v=YejMl7MHID4

Kenape Kak Kuria tak....?

assalamualaikum..... :D

pagi tadi selepas habis waktu kelas,ada seorang junior datang berbual-bual..katanya dia selalu jugak "skodeng" blog kak kuria ni.cuma dia bukan blogger jadi dia tak follow la.sepanjang perbualan tu,dia ada la "compare" blog kak kuria dengan blog hamba Allah ni..ada la sikit soalan yang timbul...

1. kak,kenape kak tak buat post-post cintan?macam blog lain,boleh dikatakan semua post pasal pakwe dia,kenape kak tak buat post macam tu jugak?ada gambar siap...bla3

----> kak kuria jawab ok..

ada la post pasal cinta-cinta dik..cuba tengok balik.hehe..setiap blogger dia ada cara mereka sendiri untuk tarik pembaca,dan blog ni macam tempat luah segala cerita suka duka jadi tak salah mereka cerita tentang kisah pertemuan,perpisahan mereka kat blog.kalau semua blog sama,boring la jugak kan?jadi semua ada cara masing-masing.bukan kak taknak post macam tu,tapi kak rasa tak sampai masa lagi la dik :D
gambar?tunggu kak kawin,kak upload banyak-banyak kat blog ok.. :)


2. kak,berani betul buat post pasal perempuan tu.tak takut kena bidas ke?


--------> kak kuria jawab

pembaca kak kuria terdiri dari semua peringkat umur dan jantina.mungkin post-post sedemikian dapat menambah pengetahuan mereka.lagipun kak ambil ilmu tu daro Kotex jadi kak nak kongsi la.kalau boleh kak nak post semua benda dari semua segi..macam-macam nak post.tak salah kongsi kan..?



3. kalau saya tak kenal kak,saya dah cakap kak ni isteri orang.sebab cara kak buat blog tu macam simple dan ditambah lagi dengan gambar budak tu..


-------> jawab kak kuria jawab :)


isteri?matangnya kak untuk jadi isteri orang.kak rasa blog kak macam budak-budak je.nak banding dengan blog lain yang mantap tu...huhu kak tak pandai sangat pasal blog ni..budak tu adik sepupu kak,abah dan mama kak ambil jaga masa dia kecil lagi sebab keluarga dia tak mampu. :D



ada lagi soalan tapi kak kuria lupe... :(
kepada pembaca,kalau tak suka dengan post-post kak kuria,komen la.tapi pasal post hal perempuan tu.itu sekadar ilmu yang nak dikongsi.don't get me wrong..kak kuria post bersebab tu :)



salam sayang,
kak kuria

Madrasah Vs American School

Terima kasih sangat!!!!!!!!!!

dimulakan dengan Bismillah....
okeh Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca yang sudi membaca :)

hari ni nak post benda yang agak lama terbuku dalam hati ni.ok tak?? :D

akhir tahun lepas kak kuria baru masuk semester 4,tinggal lagi 2 semester.tapi yang kak kuria tak puas hati ni adalah kerana markah "coursework" kak kuria untuk 1 subjek sem lepas sikit sangat. :(

tentang PNG kak kuria yang "down",kak kuria redha la sebab manusia ada naik turun jugak..tapi "coursework" subjek ni,memang kak kuria sangat tak puas hati!

pensyarah lain dan semua pensyarah tetapkan dalam "coursework" mesti ada markah untuk test,tutorial,dan juga assignment.penyarah lain semua ok dan bertimbang rasa.tapi....

mdm.s kak kuria ni memang lain dari penyarah lain.dia tak tahu ke?mana mungkin..mentang-mentang penyarah separuh masa,takkan tak tahu? takkan tak tanya?
sepanjang dia mengajar semester lepas,memang kami banyak bersabar,hormat dia kerana kami tahu taraf kami.kelas 2 jam,dia mengajar 15minit dan masa yang lebih dia habiskan bercerita tentang suami dan anak dia.sekali-sekala ok la,tapi tiap kali kelas macam tu.siapa boleh tahan??

sewaktu dia mengajar,test dia buat suka suki hati dia je tanpa berutahu kami dulu.tutorial?jangan harap..tak pernah bagi..ape?assignment??haram...mana ada assignment.mesti pembaca akan cakap ok la tu,sempoi je..senang kerja tak ade benda-benda tu kan? masalahnya pada kertas markah "coursework" kami dia bagi kami 0% untuk tutorial dan assignment sedangkan benda tu dia tak bagi bukan kami tak hantar.agak-agak lah kot nak buat macam tu.sengaja ke?sengaja nak jejaskan "pointer" kami? mdm.s....dengan bantuan sedikit sebanyak dari "pointer" tu juga la kami nak cari rezeki.

yang paling best kami dengan dalam ramai-ramai pelajar yang dia mengajar,seorang je yang boleh A. tu pun senior kak kuria yang paling rapat dengan dia.

soalan kak kuria untuk mdm.s -> adil ke buat macam tu? ape masalah mdm.s?? apa salah kami? ada kami ponteng kelas? ada kami kurang ajar?

kak kuria tak sangka dia boleh buat macam tu dan dia boleh hantar pesanan ringkas kepada kak kuria,macam dia tak bersalah pun.suci je....

MDM.S "KAMI" PELAJAR DIPLOMA IN ISLAMIC BANKING, BAC.IN ACCOUNTING(HONS), BAC.IN INTERNATIONAL BUSINESS(HONS) .... TAK PUAS HATI!!!!!!!!!!! NAK KAMI BUAT SURAT ADUAN KEPADA DEKAN ATAU HQ???

mdm.s dah jejaskan CGPA ramai pelajar degree(amnya)/diploma yang sudah akahir semester sepatutnya layak dapat ijazah kelas pertama dengan sistem dan cara mdm.s yang tak sistematik dan agak pilih kasih.

mdm.s.....terima kasih sangat. jumpa di semester berikutnya dan kami tak akan tertipu lagi dengan caramu.

UNGU - Dengan Nafasmu

Saturday, January 08, 2011

Best la lagu ni... Sungai Lui - Aizat Amdan

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini ( 7x ) 



Aizat Amdan - Sungai Lui ( HQ Audio )

Friday, January 07, 2011

OMG!!! Mulut ohh mulut.......

assalamualaikum,bersyukur kehadrat Illahi dengan izin-Nya kak kuria boleh post lagi entry lewat malam ni..
ok post ni berkaitan dengan mulut...ape mulut?? ye mulut...mulut besar ke kecil ke tebal ke nipis ke? semua boleh la..hehe..

** kerana mulut badan binasa~ ~ ~

Congrate Kak Iena coz selamat melahirkan bayi perempuan hari ni.. kak kuria pun tak pergi tengok lagi sebab sepupu kak kuria sorang ni menetap di Puchong.tetapi.....kisah bermula ~ ~ ~
bayi yang dilahirkan pramatang ... mak ngah kata kak iena terlalu aktif masa mengandung.ye ke??

susah jugak mengandung ni kan..ni tak boleh,tu tak boleh.tapi demi bayi dalam kandungan,semua tu akan ditelan..

sambung tentang mulut,orang mengandung kena jaga mulut.janan cepat mengata orang,mulut jangan cabul..tak pasal-pasal benda yang dicakap kena atas batang hidung sendiri.Tuhan kalau nak tunjuk,nasib la badan.

kak kuria harap anak sepupu kak kuria dapat "survive" dan sihat. untuk kak iena jangan sedih-sedih,kuatkan semangat untuk kelahiran yang pertama ni..


salam sayang,
kak kuria



Thursday, January 06, 2011

Nasib baik ke tak??

hye lama tak menulis...opps lupe pulak, Assalamualaikum kawan-kawan ~ ~ ~

ni nak habaq mai ni,kalau dulu kak kuria just dengar yang tilik nasib tu dosa.contohnya tilik tangan,tengok urat pi mai pi mai lintang situ lintang sini,pastu cakap nanti besar kamu kan bla3....

sekarang makin canggih,tengok tarikh lahir la,bintang kelahiran la untuk baca nasib seseorang tu.siap boleh tahu lagi nasib dari segi percintaan,kewangan,persahabatan.bila si pembaca baca lepas tu dekat otak dia rakan dan ingat benda tu,tuptup benda tu jadi..dia pun makin la percaya dekat benda tu.sanggup ni simpan duit nak beli majalah yang ada benda tilikan tu tiap-tiap bulan.

tukang tilik pulak makin gemuk sebab orang percaya dengan dia dan duit pulak masyukk..alangkah gumbira hatinya..orang sampai sanggup beratur semata-mata nak dapatkan tilikan power dari tukang tilik.bukan murah bayar,mencecah 3 angka keatas pulak tu..
bagi kak kuria,just follow the flow sebab jalan tu ada kita just ikut dan cari lagi dan lagi..bahan bacaan sekarang pun kena pilih jugak jangan main hentam je.kak kuria tengok jugak majalah tapi satu benda kak kuria perasan,majalah kita ni banyak hiburan dan gosip sedangkan majalah orang lain bayak ilmu.faham kan??satu lagi,mind set kita kena jaga.mind set ni power macam sistem janakuasa yang boleh malatop bila tak kena gaya.

tak tahu dah nak merepek ape ni..huhu..babai.. :)

salam sayang,
kak kuria =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...