Wednesday, November 24, 2010

Adikku sayang..

Assalamualaikum...

lama sangat rasanya kak kuria tak menaip ni,sibuk je memanjang mana la ada masa nak update blog ni ha.minggu depan dah start final,kepada pembaca atau sesiapa sahaja yang sama macam kak kuria yang akan menduduki peperiksaan,kak kuria doakan kalian semua akan dapat mengharunginya dengan baik dan cemerlang.

ok la,update kali ni kak kuria nak bercerita sedikit tentang adik perempuan bongsu kak kuria yang kini sudah mencecah usia 14 tahun dah!

****
kak kuria suka cakap apa yang kak kuria rasa.bagi kak kuria,detik atau hari-hari terbaik untuk berada di rumah adalah pada waktu adik kak kuria berada di asrama.rumah akan menjadi tenang saja.
ketenangan kak kuria dirompak apabila musim cuti sekolah bermula!!! hari pertama balik pun dah start buat perangai.adik kak kuria ni jenis bila dia nak sesuatu dia mesti dapat dalam kadar segera.kalau tak dapat,memang akan kedengaran jeritan atau pintu bilik dihempap kuat! hahaha...

****
selepas Hari Raya Korban lepas,kawan adik kak kuria ada menghubungi adik kak kuria dan memberi cadangan untuk menghabiskan cuti sekolah mereka di pondok.kawan adik kak kuria ada memberi cadangan beberapa buah pondok yang boleh dikatakan bagus dan tiada unsur-unsur politik.setelah berbincang mereka memilih Pondok Terusan yang kini dipanggil D... Bakriah ( kak kuria lupa nama penuh pondok tu) yang terletak di Pasir Tumboh Kelantan.
kak kuria rasa gembira sangat kerana adik kak kuria dengan relanya mahu untuk kesana!! takku sangka!

*****

semalam parents kak kuria ke pondok tersebut untuk daftar masuk dan insyaallah jika tiada aral melintang, pada hari sabtu adik kak kuria akan mulakan kelas.
yang kelakarnya adik kak kuria ni tak sangka langsung yang dia hanya akan dibenarkan memakai jubah berwarna hitam atau biru gelap sahaja berserta hijab dan jika terdapat rungutan daripada pelajar lelaki tentang kecantikan si pelajar perempuan tersebut,pelajar perempuan tersebut dikehendaki mamakai purdah...
ok la tu,ada la sebab yang munasabah kenapa peraturan itu dibuat dan untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar.

*****

jadi selamat maju jaya kepada adik kak kuria,diharap selepas sebulan disana,kelakuanmu,perwatakkanmu akan sedikit lembut ye sayang!

p/s : selamat maju jaya juga kepada calon SPM dan STPM.... <3 <3 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...