Tuesday, August 31, 2010

Seks yang Halal dan Haram: Penemuan Sains Tentangnya - Oleh DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)


 
Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud,
 
 "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?'
Bersabda Nabi Muhammad, `Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahaW." (Riwayat Muslim)
 
Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang."
 
Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang daripada perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperoleh oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidakhanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran:
 
"Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikamNya di antaramu perasaan kasih sayang dan betas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21)
 
BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
 
Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan
 
Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman,
 
"Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana. yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223)
 
 
Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar,
 
"Bersetubuhlah dari hadapan atau pun dan belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur." (Riwayat Ahmad)
 
Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda,
 
"Allah tidak mahu melihat kepada lelald yang mendatangi lelaki
ataupun wanita di duburya." (Riwayat Tarmuzi)
 
Seks Yang Halal dan Kesihatan
 
Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan  kimia  seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan  dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti  penyakit.
 
Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada. Kesihatan emosi dan sosial. Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengaakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti  pening migraine dan radang sendi.
 
Bahaya Seks Ketika Haid
 
Islam menghararnkan seks ketika waktu haid Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya,
 
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
 
Nabi bersabda,
 
"Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran dubumya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke' atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
 
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."
 
Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangldtan kuman HIV meningkat dikalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit  Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti  kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti  AIDS sebanyak enam kali ganda.
 
Persetubuhan pada waktu haid juga bolehmengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi KesihatanWanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.
 
Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovan mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit  ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.
 
Seks Bebas dan Penyakit Jangkitan Seksual
 
Nabi Muhammad bersabda,
 
"Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala  ini menimpa    satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pemah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al­Bazzar)
 
Penyakit-penyaldt  jangkitan Seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti  individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyaldt dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit­penyakit  ini sering kali menyebabkan maut. Di Amerika sahaja ia menjangkiti  13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion.
Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat. Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan.
 
* Penulis adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, pengamal perubatan selama 20 tahun dan penulis buku. Beliau boleh dihubungi melalui E-Mail: dzcs)lifa@ streamymcom.
 
Mac 2008
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
** catatan  w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:  Dr  Danial Zainal Abidin Terbitan asal:  I Mac 2008
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
2008  ® HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...