Sunday, August 01, 2010

Renung kembali (",)

rasanya sepanjang hidup ini,saya terbuai dan alpa dengan status "budak baik" =p . namun apabila saya merenung kembali sewaktu era beruniform sekolah,saya juga tergolong dalam golongan pelajar nakal tetapi nama saya tidak pernah tertulis di helaian buku disiplin gara-gara semua perbuatan saya telah dirahsiakan. ribuan malahan jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan se'batch' yang turut bersubahat dalam setiap agenda-agenda yang telah saya rancang.

  1. semasa darjah 3 hingga darjah 6,saya merupakan seorang ahli perniagaan.berniaga ape?haa...tiap-tiap tahun saya yang menyalurkan mercun untuk kawan-kawan lelaki.memang tidak dinafikan,pelanggan saya begitu ramai.mane saya dapat mercun tu?oo..abang sepupu saya ni dia nakal sikit,jadi dia la yang dapatkan mercun-mercun tu daripada kawan-kawan dia.jadi saya pula cilok daripada dia.duit hasil jualan saya bagi semua kepada sepupu.baik tak saya?haha.apabila cikgu menjalankan pemeriksaan,habis pelanggan saya tertangkap..saya?siapa berani report?hehe
  2. masuk pula musim saya tingkatan..wah sudah dewasa nampaknya saya ni..haa,semasa tingkatan 1 - 3,saya bukak pula satu agensi.agensi cari jodoh dan kaunseling pelajar.ditambah pula pada masa tu saya ni pengawas dan pembimbing rakan sebaya jadi ramai la yang datang untuk menggunakan khidmat saya.bila kawan-kawan yang ditangkap tengah dating,saya tengok je.sebab awal-awal lagi saya dah cakap "pandai-pandai la korang nak hidop"...hehhe...
  3. semasa di tingkatan 4,rasanya saya la seorang pelajar yang paling tak ikut peraturan pada awalnya.mana tidaknya,semua pelajar diwajibkan ke surau untuk solat Maghrib dan Isya'.saya?solat dalam bilik...haha.sampailah pertengahan tahun tu ada seorang kawan lelaki tegur sikap saya dan tanya betul ke saya memang tak pernah ke surau waktu malam.dia mane nak percaya sebab saya pengawas,muka pulak agak suci la..haha..jadi,nak tipu buat ape kan,saya pun mengaku la.dia cerita kat saya cerita zaman Rasulullah dulu dan dia bacakan satu hadis yang berkaitan.disebabkan ego yang melampau,saya bangun dari tempat duduk dan pergi dari situ.hampir seminggu tak dapat tidur,terfikirkan benda yang dia cakap.tiba-tiba satu petang,saya terjaga dari tidur akibat mimpi yang sangat aneh.sejurus selepas terjaga,laungan azan terus berkumandang.dan tiba-tiba juga saya menangis,kawan-kawan memang pelik la.mati kutu mereka memujuk saya..kesian...saya terus bangun mandi dan bersiap ke surau.sampai di surau,kain langsir dibuka..bermakna semua mata tertumpu kepada saya sebab saya dikira lewat la..setiap pelajar yang lewat akan didenda oleh ketua jemaah.dan pada hari tersebut,kawan lelaki yang menasihati saya tadi yang menjadi imam.saya nampak dia senyum,saya faham apa maksudnya.terima kasih Muhammad Atiq Akif kerana menyedarkan saya dan memberi saya peluang untuk merasakan kenikmatan berjemaah..hehe
  4. tingkatan 5,sepatutnya waktu sebegini saya sudah insaf dari membuat hal.hehe..tapi yelah,jiwa memberontak juga,,terpaksalah...semasa tingkatan 5,banyak cikgu baru yang masuk..semasa itu ustaz kelas saya ialah Ustaz Harris.sayang sangat kat dia,dia faham apa yang saya nak,apa yang saya rasa.tapi tengah-tengah syok belajar dengan ustaz Harris,pengetua menyuruh ustaz baru menggantikan ustaz Harris dan ustaz Harris ditukar ke kelas tingkatan 4.Tuhan je tahu betapa sakitnya hati sebab saya memang tak suka ustaz baru...Ustaz R ...=P...tapi terpaksa jugak la hadap muka dia 3x seminggu.sampai satu hari ni,awal pagi lagi ustaz tu dah cari masalah dengan saya.dah la pagi nanti saya ada dua kelas bersama dia.apa ye saya nak buat??haha...untuk kelas pertama,saya bagitahu ketua kelas yang ustaz suruh semua berkumpul di perpustakaan dan buat kerja masing-masing..betapa gembiranya muka sorang-sorang budak kelas saya..untuk masa kedua pula saya pergi jumpa ustaz dan cakap guru kaunseling nak jumpa dalam masa 30 minit lagi. jadi hari tu ustaz tak masuk la kelas..hatiku gembira...lalalalala...waktu prep,tiba-tiba saya dengar pengumuman yang mengatakan semua exco badan wakil pelajar diminta berkumpul di dewan...alamak!!ustaz tu pulak penasihat pengawas...mati la saya..sepanjang dalam dewan,saya menggigil..hahha..nasib baik la ustaz bercakap secara umum.selepas habis,ustaz terus suruh saya ke cafe untuk minum..nak menolak pun tak dapat sebab ramai orang.jadi hanya mengikut la..di cafe,ustaz tanye la apa yang saya tidak puas hati dengan dia...memang banyak yang tidak puas hati..dari A-Z saya cakap..akhirnya dia minta maaf dan begitu juga saya.sebelum beredar,dia tanya apa lagi benda yang saya dah buat...adoiii...nak tak nak saya pun mangaku la pulak dari A-Z..muka ustaz memang kelakar sangat sebab dia tak percaya saya buat semua tu..tapi dia janji semua tu rahsia jika saya insaf.hhaha..lepas tu says bangun dan masuk bilik..meninggalkan ustaz dengan muka yang xleh blah...hahahahah 
ha kawan-kawan....selepas saya bercerita ni,saya sendiri baru menyedari betapa jahatnya saya...benda lepas usah dikenang...hahahaha...sekarang dah baik la sikit..letihnya menaip..k bye2...

1 comment:

Anonymous said...

sbb naik nama AKIF???? cukup x pueh hati den

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...