Tuesday, August 31, 2010

God Spot: Saraf Pendorong Manusia Mencari Tuhan - Foto Zulaikha Mohd. Anuar

Zulaikha  Mohd. Anuar
 
 Penyelidikan Dr. V Ramachandran tentang neurobiologi
saraf manusia yang bertindak balas  dengan aspek keagamaan,
mengenal pasti saraf  spiritual otak dan juga  untuk menerangkan
bagaimana ritual agama  memberi kesan kepada perilaku manusia.
 
 Pada tahun 1997, sekumpulan saintis pakar saraf dari Uni­versiti California di San Di­ego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran telah berjaya menemui satu saraf kecil di dalam otak manusia yang mampu ber­tindak balas terhadap aspek agama dan ketuhanan. Saraf tersebut akan menjadi lebih utuh sekiranya dirangsang untuk terus mengingati Tuhan. Penyelidikan ini dikenali sebagai 'God Spot' atau 'God Module'. Tidak dinafikan bahawa dunia melihat penemuan ini sebagai sesuatu yang menakjubkan. Apapun, adalah ti­dak menghairankan jika fungsi saraf ini telah ditemui. Terbukti Tuhan telah men­ciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat dan tunduk pada-Nya. Bahkan di dalam kitab suci Al-Quran sendiri, Allah SWT pernah berfirman :
 
"Kami
akan memperlihatkan
kepa­da mereka  tanda-tanda
(kekuasaan) Ka­mi di segenap ufuk
dan pada diri mere­ka sendiri, sehingga
jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu
adalah benar "  
(QS Fussilat : 53)
 
Untuk mendapatkan kupasan lebih lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah i telah menemu bual pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim.
 
Merujuk kepada penyelidikan Dr. V Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelas­kan bahawa bidang sains 'neurotheolo­gy'merupakan satu perkembangan yang masih baru. Antara lain bidang ini mem­pelajari tentang neurobiologi. saraf ma­nusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal pasti saraf spiri­tual otak dan juga untuk menerangkan bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Sebelum. itu marilah kita mengenal pasti fungsi otak terlebih dahulu.
 
Otak adalah organ paling kompleks yang ada di dalam tubuh manusia. Otak dianugerahkan oleh Tuhan dengan tu­juan untuk membezakan manusia de­ngan haiwan dan ciptaan-ciptaan Tu­han yang lain. Di dalam otak manusia, terdapat 100 bilion neuron (saraf sel). Manakala trilion saraf lagi menghubung­kan serat yang dipanggil sinapses. Otak manusia mampu menyimpan 100 ribu fakta dalam satu-satu masa dan berjuta­juta fakta sepanjang hayatnya.
 
Kaedah Kaiian 'God Spot'
 
Sebelum kajian ini dijalankan, pa­ra pesakit epilepsi atau sawan (temporal lobe epilepsy) melaporkan bahawa mer­eka begitu kuat mengingati Tuhan sebaik sahaja mereka serangan sawan berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka bera­sa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah olah mendapat petunjuk semasa mere­ka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Situasi tersebut telah menarik minat penyelidik hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'.
Kajian ini telah melibatkan dua ke­lompok manusia sebagai tujuan per­bandingan kajian. Kumpulan pertama merupakan pesakit sawan dan yang ke­dua pula ialah golongan yang beragama misalnya paderi, 'nun, sami Budda dan termasuk alim ulama dari agama Is­lam. Kajian dijalankan dengan kaedah teknikal mereka iaitu EEG, fMRI dan PET Scan.
 
Semasa sedang diuji, tindak balas otak mereka telah direkodkan. Para testi­moni ini telah ditunjukkan beberapa siri perkataan yang merujuk kepada agama dan ketuhanan sepanjang kajian. Hasil­nya, para pesakit epilepsi dan kumpu­lan agama ini menunjukkan tindak balas saraf yang sama sebaik mereka memikirkan tentang Tuhan dan kepercayaan. Dengan erti kata lain, 'God Spot' bertin­dak sama seperti antena yang memandu kita untuk berfikir tentang ketuhanan.
 
 
Hasil kajian akhirnya mendapati ti­dak kiralah sama ada seseorang itu per­caya kepada agama mahupun tidak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana saraf ini digunakan dan diperkem­bangkan.
 
Dengan itu, sebaik sahaja manu­sia melangkahkan kaki ke tempat ibadah yang suci sama ada masjid atau gereja, perasaan ingin menghambakan diri dan ingin menjunjung Tuhan sentiasa mengisi hati mereka. Sesetengah saintis men­gatakan itulah tindakan 'God Spot; atau pusat spiritual yang terkandung di dalam otak manusia.
 
Tuhan meletakkan saraf 'God Spot' di dalam otak manusia kerana itu adalah pilihan-Nya sebagai salah satu cara un­tuk Dia berhubung dengan hamba-Nya. Dan kita sebagai hamba boleh mem­perkembangkan lagi saraf ini jika kita mahu lebih mengenali dan memahami tentang Tuhan.
 
Memetik inspirasi daripada ayat Al­Quran, Dr-Suraiya menjelaskan baha­wa 'God Spot' haruslah diperkembang­kan dengan sempurna bagi mereka yang mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkan fungsi saraf 'God Spot' ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, bodoh dan bu­ta'Summun Bukmunn Ummyunn'.
 
Kecerdasan Spiritual
 
Kalau dulu kita hanya tahu yang otak digunakan untuk kecerdasan min­ds (Intelligent Quotient -IQ) dan kecer­dasan emosi (Emotional Quotient), kini dengan terbongkarnya 'God Spot', kita telah belajar tentang satu lagi potensi manusia yang lebih hebat dan luar biasa iaitu kecerdasan spiritual (Spiritual Quo­tient). Jadi dengan tergabungnya ketiga­ tiga kecerdasan ini, manusia akan men­jadi lebih sempurna dan terpuji.
 
Menurut Dr.Suraiya. umat Islam di­pandu oleh wahyu dan Al-Quran adalah panduan sepanjang hayat. Jadi apabi­la adanya kajian saintifik yang berjaya membenarkan isi-isi Al-Quran ini, se­bagai umat Islam kita wajar untuk ber­syukur dan meningkatkan lagi keiman­an diri.
 
Kita telah mempelajari tentang saraf 'God Spot' yang ada di dalam otak setiap manusia. Sekiranya saraf ini dirangsang dengan sempurna, perilaku manusia pastinya akan lebih sihat dan sejahtera tidak kira dari segi fizikal mahupun men­tal. Pendek kata, sifat kemanusiaan akan lebih tergarap dan lahirlah insan yang lebih terpuji. Namun, kehendak untuk memperkembangkan 'God Spot' ini pu­le bergantung kepada kecer­dasan emosi dan spiritual di dalam diri seseorang.
 
Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah-olah mendapat petuniuk semasa mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
 
Apakah itu kecerdasan emosi dan spiritual? Bagaimanakah pula caranya untuk kita mencapai tingkat kecerdasan itu? Dan terakhir sekali, apakah pula pentingnya kecerdasan emosi dan spiritual pada manusia?
 
Memetik sedikit tulisan daripa­da buku ESQ Emotional Spiritual Quo­tient, Danah Zohar dan Ian Marshall telah mendefinisikan kecerdasan spiri­tual sebagai kemampuan untuk menem­patkan tindakan dan hidup kita dalam konteks yang lebih luas. Apabila spiritu­al di dalam hati manusia telah dididik de­ngan sempurna, ia secara tidak langsung mampu memicu kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) ke arah yang lebih sejahtera. Bukan sahaja untuk Tu­han dan diri sendiri, bahkan juga terh­adap perhubungan dengan orang lain, alam dan  apa sahaja yang ada di muka bumi  ini.
 
 
Menurut Dr. Suraiya pula, manusia yang bertindak berdasarkan kecerdasan intelektual (IQ) semata-mata adalah ma­nusia yang kaku atau boleh juga dikla­sifikasikan sebagai 'robot'. Mereka boleh mencapai tingkat kejayaan hidup yang tinggi tetapi pengisian nilai mere­ka adalah sifar. Mereka hanya mengejar material yang nampak, misalnya wang, harta, pangkat, kekayaan dan kesenan­gan hidup. Mereka ini hidup bertunjang­kan kepada nilai duniawi semata. Seha­rusnya ia perlulah digabungkan dengan kecerdasan emosi (EQ). Kecerdasan emosi akan membantu orang itu untuk melahirkan rasa gembira, suka, priha­tin, marah, sedih, bertangungjawab, ber­timbang rasa dan banyak lagi yang ada di dalam dirinya. Apabila ini terjadi, baru­lah orang itu boleh dianggap mempunyai 'nilai'. Namun begitu, kedua-dua nilai ini ternyata belum cukup untuk melahirkan peribadi yang menuju kesempurnaan.
 
Oleh itu, apabila kedua-dua nilai ini digabungkan dengan nilai spiritual, orang itu akan menjadi lebih sempurna. Kecerdasan spiritual membantu manu­sia mengeluarkan potensi diri dari sudut terdalam yang ada pada diri mereka (self conscience). Hasilnya, orang yang kuat akan membantu orang yang lemah, yang kaya akan membantu yang miskin dan yang lebih akan membantu yang kurang. Begitulah seterusnya. Ringkasnya, naluri kemanusiaan ini akan terdidik pada lan­dasan yang dikehendaki oleh agama.
 
Meningkatkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual
 
Tahap IQ adalah tetap manakala tahap EQ boleh ditingkatkan. Sebenar­nya kecekapan emosi boleh dipelaja­ri dan ditingkatkan pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja biarpun periba­di orang itu sudah diketahui tidak berapa baik, misalnya pemarah, sombong, bong­kak dan sebagainya. Dengan melihat dari sudut kemanusiaan, terbukti bukan IQ yang mempengaruhi nilai dan watak se­seorang. Sebaliknya ia bergantung ke­pada kemampuan emosi. Seharusnya sebagai manusia, kita dinasihatkan agar sentiasa meningkatkan kecerdasan emo­si dan spiritual ini.
 
Dalam Islam, perkara penting yang perlu ada untuk meningkatkan kecer­dasan emosi dan spiritual ialah dengan sentiasa mengamalkan konsep konsis­tensi, kerendahan hati, berserah diri, keikhlasan, menyeluruh, keseimbangan, integriti dan penyempurnaan. Sebena­rnya inilah nilai yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.1400 tahun yang lalu dan jelas terbukti kecerdasan emosi dan spiritual adalah akhlak dalam Islam.
 
Robert K. Cooper, PhD dan Ayman Sawaf pula memberikan satu kaedah un­tuk meningkatkan kecerdasan emosi iai­tu bangun tidur lima minit lebih awal daripada kebiasaan. Luangkan seminit dua untuk duduk dengan tenang dan pa­sangkan mata hati. Keluarlah dari fikiran dan masuklah pula ke dalam hati. Rasa yang terkandung di sini akan melahirkan apa yang anda rasai. Menurut Cooper dan Sawaf, cara ini mampu mendatang­kan kejujuran emosi, meningkatkan ni­lai-nilai kebijaksanaan dalam jiwa dan menyalurkannya ke dalam diri sehingga anda dapat mengaplikasikannya dengan lebih berkesan.
 
Menurut penulis buku Emotion­al Spritual Quotient, Dr.Ary Ginanjar, se­bagai seorang Islam, solat adalah cara terbaik untuk mencapai tingkat 'masuk ke dalam hati dan keluar dari fikiran anda' ini. Solat yang dilakukan dengan khusyuk mampu menajamkan hati dan menjelmakan sifat-sifat terpuji di dalam diri. Pendapat ini disokong oleh Dr. Surai­ya. Menurut beliau, gerakan di dalam solat khususnya semasa bersujud adalah satu simbolik secara psikologi untuk mewujudkan rasa hamba di dalam diri. Dengan ini, manusia faham akan fitrah asal kejadiannya dan tidak akan sekali­ kali mengingkari kenyataan ini.
 
 
Ketika bersujud, otak manusia be­rada pada tahap paling bawah dan di sinilah asalnya kita insaf akan kejadian diri. Bahkan dari sudut kesihatan juga, gerakan solat khususnya sujud mempu­nyai kesan yang amat baik pada kesiha­tan. Sujud misaInya mampu melan­carkan perjalanan darah, melegakan paru-paru daripada ketegangan, perger­akan otot menjadi lebih kuat dan elastik, mengelakkan pendarahan otak jika tiba ­tiba pengepaman darah berlaku dengan kuat dan banyak lagi.
 
Kesan Pada Pesakit
 
Sebagai seorang pengamal peru­batan, Dr. Suraiya mengakui beliau banyak mempelajari tentang kepentingan hal tersebut dengan melihat kepada reaksi penerimaan pesakit-pesakit beliau yang berbeza-beza.
 
"Apabila pesakit mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang tinggi, mereka biasanya reda dan berse­dia dengan takdir yang telah ditentukan terhadap mereka. Bagi yang beragama Islam, penyakit adalah ketentuan (Qa­da' dan Qadar) dari Allah SWT. Saya akui melayani pesakit yang seperti ini sangat mudah. Mereka tidak sedikit pun men­geluh. Usaha penyembuhan juga men­jadi lancar.
 
Berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang sepatutnya. Golongan ini lazimnya tidak reda dengan ujian pe­nyakit itu dengan bersikap menyalahkan orang lain dan paling menyedihkan, ada di kalangan mereka yang mempersoal­kan tentang takdir yang menimpa mer­eka," ujar beliau.
 
Tambah Dr. Suraiya lagi, ternyata kecerdasan emosi dan spiritual itu san­gat penting dalam pembangunan insan. Apabila kecerdasan emosi dan spiritual `berjalan' pada landasan yang sepatut­nya, seseorang itu akan mampu:
 
Perta­ma; memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumf ini. Apabila mereka menjadi anak, mer­eka akan menjadi anak yang baik. Apa­bila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang balk.
 
Kedua; melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
 
Ketiga, memahami orang lain dan Skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
 
Keempat, menerima apa saha­ja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam mass yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.
 
April 2009
 
Link berkaitan
Biodata Vilayanur S. Ramachandran MD, PhD
Vilayanur Ramachandran: A journey to the center of your mind
 
**semua image dan link adalah atas usaha pemilik blog ini
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:    xxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   I April 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/   
2010  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...