Thursday, August 12, 2010

Bersama-sama

assalamualaikum...

rasanya belum terlambat lagi untuk kak kuria mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk penganut agama Islam..

dulu waktu zaman kak kuria kecik,bila mama cakap "ha,esok puasa jadi kena bangun sahur.jangan lupa niat puasa ye"...kak kuria bukan main la happy...tapi bila dah mula puasa,mula la kak kuria merengek nak berbuka awal.selalunya kakak kak kuria akan balik pada bulan puasa,jadi bila dia balik kak kuria malu la nak berbuka awal.tapi jika kak kuria terlalu letih,mama kak kuria akan suruh kak kuria berbuka juga.kak kuria ni gastrik..hehehe..tapi bila dah dewasa,semua jadi ok..puasa?no sweat lah!!

kak kuria ada sesuatu untuk dikongsikan..kak kuria ambil dari sahabat kak kuria...
Puasa terutamanya puasa sebulan dibulan Ramadhan, ia menjadi penyelamat dari api neraka dan pembuka pintu Syurga.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga.”

[HR Bukhari, (3581) Al-Jihad]

Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa itu perisai (penyelamat) dari azab Allah.”

[HR Ahmad (17233), 38. HR Ahmad dan Baihaqi]

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah ada seorang hamba berpuasa di jalan Allah kecuali Allah jauhkan dia dari neraka sejauh tujuh puluh musim (tujuh puluh tahun).”

[HR Bukhari , (6/35). Muslim, (1153)]

Rasulullah SAW bersabda:

“Puasa itu perisai (yang menyelamatkan diri dari api neraka), apabila seorang kamu berpuasa, janganlah berkata-kata keji, jangan berlaku jahil, jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya, katakanlah aku berpuasa.”

[HR Ahmad, (7714)]

Rasulullah SAW bersabda:

“Fitnah seseorang itu dalam keluarga, harta dan jirannya, boleh dihapuskan oleh Solat, puasa dan sedekah.”

[HR Bukhari (2/670). Muslim, (144)]


setakat ni jelah kak kuria ada idea...letihnye.kak kuria berehat dulu sekejap k..nanti nak bersiap untuk berbuka lagi..k..salam Ramadhan semua..

salam sayang,
kak kuria <3  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...