Tuesday, August 31, 2010

Anak VVIP bertaubat selepas murtadkan 500 orang Melayu -Oleh Wan Mohd.Hafiz Wan Hamzah - Email – hafiz_mastika@yahoo.com

Di sebuah dewan,dihadapan kira-kira 500 orang pelajar dan sekumpulan pensyarah,kelihatan seorang lelaki berumur,berketayap dan berbaju putih sedang duduk tanpa sebarang bicara.Riak wajahnya serius. Lelaki yang dimaksudkan Mastika itu ialah Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria. Beliau sedang berceramah tentang kisah murtad yang melanda masyarakat Melayu hari ini kepada pelajar-pelajar di Universiti Teknologi Petronas Malaysia,Tronoh, Perak. Setelah diam untuk beberapa ketika, beliau kemudiannya memulakan cerita…
 
Kata Datuk Seri Harussani, pada suatu hari kira-kira tiga bulan lalu,beliau didatangi oleh seorang wanita Melayu berusia 30-an dipejabatnya, Ipoh, Perak.
 
Kedatangan wanita itu agak mengejutkan kerana sebaik bertemu,tanpa berselindung wanita itu berkata,tujuannya datang berjumpa beliau adalah untuk membuat pengakuan.Dia telah murtad dan pernah menjadi pendakwah bagi pertubuhan dakwah agama lain untuk menarik orang ramai memeluk agama tersebut. Wanita itu juga membuat pengakuan,bahawa dia bukanlah daripada golongan biasa,tetapi daripada golongan yang berkedudukan.Dia anak seorang VVIP!
 
Datuk Seri Harussani terkejut mendengarkan pengakuan wanita itu dan ingin tahu dengan lebih mendalam.
 
Wanita berperwatakan sederhana itu kemudian menceritakan kisah hidupnya.Kata wanita itu,dia adalah bekas penuntut sebuah Universiti Islam di Negara ini.Wanita itu kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar,namun hanya sempat belajar di universiti tersebut selama dua tahun sahaja.Atas sebab-sebab tertentu,dia tidak berjaya menamatkan pengajian,wanita itu kemudianya kembali ke Malaysia dan bergiat cergas dalam persatuan sosial. Penglibatannya dalam kerja-kerja kebajikan banyak menemukan dia dengan pelbagai pertubuhan. Tidak lama selepas itu,wanita tersebut terlibat dengan kerja-kerja sosial di bawah naungan badan kebajikan yang dipelopori majoritinya daripada kalangan bukan Islam.Ahli badan kebajikan itu ternyata begitu baik terhadapnya.Namun,kata wanita itu,dia sedikit hairan apabila ada di kalangan ahli-ahli sering berbual tentang topik agama bila bersembang bersamanya.
 
Rupa-rupanya,kumpulan tersebut bukan sahaja meletakkan kerja-kerja kebajikan sebagai agenda utama,tetapi turut  menjalankan aktiviti dakwah agar orang ramai menganut agama mereka.Wanita itu,mengakui ada di kalangan ahli yang turut memberikan dakwah kepadanya dan meminta dia meninggalkan Islam dan memeluk agama mereka. Tanpa disedari sedikit demi sedikit,dia mula terpengaruh,akhirnya meninggalkan Islam dan seterusnya menganut agama mereka.Kata wanita itu lagi,dia kemudiannya dihantar  ke Singapura untuk mendalami ajaran agama tersebut.
 
Sekembalinya dari Singapura,wanita itu diberi tugas untuk menjalankan dakwah,terutama terhadap individu yang sebangsa  dengannya,iaitu orang Melayu.Setakat ini, wanita tersebut mengakui telah berjaya menarik seramai lebih 500 orang Melayu untuk memeluk agama tersebut. 
 
Kata Datuk Seri Harussani lagi,wanita itu memberitahu,antara golongan yang menjadi sasaran mereka adalah remaja,pekerja kilang,pelajar-pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran atau keciciran serta penagih dadah. Sambung beliau,wanita itu turut mendedahkan ada gerakan yang mensasarkan golongan remaja  pengikut aliran black metal untuk didekati dan dimurtadkan.
 
“Setakat ini,mengikut fakta,terdapat hampir 13,000 remaja Melayu yang terlibat dalam kegiatan black metal.Saya diberitahu wanita tersebut,golongan ini sedang didekati secara berperingkat-peringkat sehingga ke tahap meniggalkan Islam.
 
“Saya sebut dan tunjukkan tempat-tempat tersebut kepada beberapa pihak,namun tidak ada sesiapa yang mahu percaya.Daripada maklumat yang saya perolehi,setiap hari minggu,di beberapa buah supermarket di kawasan tempat-tempat permainan,di situlah mereka menjalankan aktiviti `memulihkan` pemuda-pemudi kumpulan black metal yang kebanyakkan terdiri daripada remaja berbangsa Melayu,” ucapnya lagi.
Kegiatan memurtadkan anak-anak melayu ini,kata wanita itu kerap dijalankan di sekitar negeri Johor,Selangor, terutamanya di Kuala Lumpur.
 
Di Kuala Lumpur misalnya,kata Harussani,wanita itu mendakwa sudah hampir 20 ribu orang melayu murtad secara senyap-senyap hasil daripada gerakan dan aktiviti dakwa kumpulan tersebut. Wanita itu turut membawa dokumen serta gambar-gambar rumah ibadat tempat mereka menjalankan operasi. Jelas wanita tersebut, kumpulanya juga sudah mengenal pasti beberapa buah tempat yang menjadi lubuk untuk mereka`memancing`.
 
Bagaimanpun,selepas bertahun-tahun murtad, hati wanita itu tiba-tiba berubah.
 
Beberapa pengalaman yang dilaluinya didalam pertubuhan dakwah badan agama itu,termasuk terpaksa menikmati hidagan daging babi,membuatkan dia terfikir semula tentang kesucian Islam.Insiden ini membuat dia tertanya-tanya,apakah tindakannya meninggalkan Islam merupakan satu tindakan yang benar dan tepat?
 
Ini menyebabkan, wanita itu sedikit demi sedikit mula menjauhi pertubuhan tersebut dan seterusnya membuat keputusan untuk mendedahkan aktiviti memurtadkan anak Melayu ini kepada Datuk Seri Harussani sebagai satu peringatan. Kini wanita tersebut,menurut Datuk Seri Harussani,telah pun bertaubat dan kembali kepada Islam secara senyap-senyap.Bagaimanpun dia masih tetap mengekalkan nama barunya yang ditukar ketika menganut agama lain,kerana bimbang nyawanya diancam.
 
“Saya sedih dan pelik,macam mana seorang pelajar agama, anak VVIP boleh tinggalakan Islam,”kata Datuk Seri Harussani.
 
Semua yang berada dalam dewan terdiam mendengar sebuah kisah yang amat mengejutkan daripada beliau itu. Tegasnya lagi,selain daripada gerakan NGO pertubuhan dakwah agama lain, gereja murtad ini turut disokong oleh tindakan segelintir individu atau kumpulan Islam yang cuba memesongkan akidah serta iman umat Islam.Mereka ini mengelirukan umat Islam dari segi hal-hal syariah dan akidah. Sebab itu kata beliau,ada dikalangan masyarakat Melayu terutama daripada golongan-golongan profesional,atau intelektual yang mula,menentang dan mempertikaikan hukum-hukum dalam Islam.
 
Golongan seperti ini menganggap Nabi sebagai Ummi. Ummi yang mereka maksudkan ialah buta huruf sedangkan istilah ummi itu sebenarnya bermaksud,Nabi tidak pernah mendapat pendidikan formal seperti manusia lain di dunia ini,jelas Datuk Seri Harussani. Biarpun tiada pendidikan formal,tetapi tegas beliau,perlu diingat,difahami dan diyakini,Rasulullah s.a.w diajar oleh malaikat Jibril.Dan lebih dari itu,baginda telah dididik secara langsung oleh Allah.Ini disebut di dalam al-Quran sendiri,”sambungnya lagi.
 
“Mungkin Nabi tidak ada sijil atau ijazah,tetapi tahap pengajian dan kelulusannya itu tidak akan dapat dicapai oleh sesiapa pun pada hari ini atau pada masa akan datang,”kata Datuk Seri Harussani disambut oleh anggukkan oleh para pendengar.
 
Tambah beliau lagi,Islam kini sedang tercabar dan akidah umatnya dalam bahaya.Untuk itu,Umat Islam perlu berjihad.Tetapi jihad yang bagaimana?
 
Antara jihad yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam di negara ini menurut beliau ialah mendidik anak,isteri,keluarga dan juga masyarakat tentang kefahaman al-Quran,menjadi seorang mukmin yang sejati,mempunyai kesedaran jati diri,ada iman yang tinggi,mempunyai semangat membela agama dan saudara seagama. Ibu bapa katanya,merupakan tonggakan penting dalam jihad ini.Golongan ini perlu memainkan peranan sebagai pendakwah untuk `menyebar,menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai Islam`terhadap anak-anak dan isteri.
 
“Selama 500 tahun orang putih menjajah kita.Dalam jangka masa tersebut mengikut  rekod dan fakta ,hanya 147 orang Melayu sahaja yang memeluk agama lain. Ini bermakna kekuatan iman ketika itu tersangat kukuh dan mantap.
 
“Tetapi lihat orang Melayu pada hari ini.Belum pun 50 tahun kita merdeka,kenal dunia teknologi tidak sampai lima tahun, jadi moden tidak sampai 24 jam, sudah beribu-ribu orang kita yang terjebak dalam gejala murtad. Ini membuktikan bahawa iman kita lemah,” tegas beliau.
 
Sebaik sahaja Datuk Seri Harussani menamatkan ceramahnya, Mastika segera mendapatkan beliau.Tetapi sayang,perbualan Mastika dengan Mufti Perak itu hanya dapat dilakukan dalam 10 minit sahaja kerana beliau demam dan tidak begitu sihat pada hari tersebut.
 
Mastika bertanya pada  Datuk Seri Harussani,jika benar perkara ini begitu serius terjadi dalam masyarakat umat Islam,apa yang perlu umat Islam lakukan?
 
Kata beliau ,umat Islam khususnya orang Melayu hari ini tidak boleh terlalu leka dengan hiburan dan segala kesenangan yang terbentang di hadapan mata.Akibat lalai umat Islam banyak ketinggalan daripada pelbagai sudut.
 
“Saya sedih,sekarang ini ilmu tidak lagi menjadi satu perkara yang diutamakan oleh umat Islam.Al-Quran tidak difahami.Tidak tahu sejarah Islam dan perjuangan Nabi s.a.w kisah para sahabat langsung tidak ambil tahu.Sikit sangat yang ambil berat tentang perkara ini.Tetapi dalam bab berhibur,kenapa kita boleh jadi nombor satu?
 
“Kalau bab hiburan,kita ke depan.Tetapi kenapa tidak dengan perkara-perkara lain? Perlu diingatkan,Islam tidak suruh kita pandai belajar agama sahaja,tetapi perlu jadi orang yang pandai dalam ilmu duniawi juga.Kita perlu tahu tentang asas-asas teknologi,tahu matematik,tahu sains,kerana mengetahui perkara basic ilmu-ilmu tersebut adalah fardu ain bagi umat Islam.
 
“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,tetapi apa yang berlaku terhadap umat Islam amat jelas hari ini.Bukan di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.
 
“Di luar negara umat Islam di tindas dengan peperangan,sekatan ekonomi dan sebagainya.Tetapi di negara ini umat Islam diserang dengan ideologi pemikiran,budaya dan akidah songsang.
 
“Inilah sebab-sebab utama masyarakat Islam dinegara ini semakin lama semakin hancur akhlak,budi dan akidahnya.Umat Islam perlu lakukan sesuatu sebelum satu hari nanti, janerasi akan datang menangis menyesali ibu bapa hari ini kerana lemah dan hidup tanpa perjuangan,”tegas beliau sebelum minta diri.             
 
Mastika Disember 2006 (m/s 106-111)
Disusun semula dari naskah asal oleh SHAZ dan Tok Ngah
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
** catatan
  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:  Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah  hafiz_mastika@yahoo.com
Terbitan asal:  Mastika Disember  2006
  (m/s 106 – 111)
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/21093    2006 - 2007 ® Hak cipta Selebet International ™

God Spot: Saraf Pendorong Manusia Mencari Tuhan - Foto Zulaikha Mohd. Anuar

Zulaikha  Mohd. Anuar
 
 Penyelidikan Dr. V Ramachandran tentang neurobiologi
saraf manusia yang bertindak balas  dengan aspek keagamaan,
mengenal pasti saraf  spiritual otak dan juga  untuk menerangkan
bagaimana ritual agama  memberi kesan kepada perilaku manusia.
 
 Pada tahun 1997, sekumpulan saintis pakar saraf dari Uni­versiti California di San Di­ego yang diketuai oleh Dr. Vilayanur Ramachandaran telah berjaya menemui satu saraf kecil di dalam otak manusia yang mampu ber­tindak balas terhadap aspek agama dan ketuhanan. Saraf tersebut akan menjadi lebih utuh sekiranya dirangsang untuk terus mengingati Tuhan. Penyelidikan ini dikenali sebagai 'God Spot' atau 'God Module'. Tidak dinafikan bahawa dunia melihat penemuan ini sebagai sesuatu yang menakjubkan. Apapun, adalah ti­dak menghairankan jika fungsi saraf ini telah ditemui. Terbukti Tuhan telah men­ciptakan manusia dengan kemampuan fizikal (saraf) untuk kita sentiasa ingat dan tunduk pada-Nya. Bahkan di dalam kitab suci Al-Quran sendiri, Allah SWT pernah berfirman :
 
"Kami
akan memperlihatkan
kepa­da mereka  tanda-tanda
(kekuasaan) Ka­mi di segenap ufuk
dan pada diri mere­ka sendiri, sehingga
jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu
adalah benar "  
(QS Fussilat : 53)
 
Untuk mendapatkan kupasan lebih lanjut berkenaan `God Spot' ini, Majalah i telah menemu bual pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim.
 
Merujuk kepada penyelidikan Dr. V Ramachandran itu, Dr. Suraiya menjelas­kan bahawa bidang sains 'neurotheolo­gy'merupakan satu perkembangan yang masih baru. Antara lain bidang ini mem­pelajari tentang neurobiologi. saraf ma­nusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal pasti saraf spiri­tual otak dan juga untuk menerangkan bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Sebelum. itu marilah kita mengenal pasti fungsi otak terlebih dahulu.
 
Otak adalah organ paling kompleks yang ada di dalam tubuh manusia. Otak dianugerahkan oleh Tuhan dengan tu­juan untuk membezakan manusia de­ngan haiwan dan ciptaan-ciptaan Tu­han yang lain. Di dalam otak manusia, terdapat 100 bilion neuron (saraf sel). Manakala trilion saraf lagi menghubung­kan serat yang dipanggil sinapses. Otak manusia mampu menyimpan 100 ribu fakta dalam satu-satu masa dan berjuta­juta fakta sepanjang hayatnya.
 
Kaedah Kaiian 'God Spot'
 
Sebelum kajian ini dijalankan, pa­ra pesakit epilepsi atau sawan (temporal lobe epilepsy) melaporkan bahawa mer­eka begitu kuat mengingati Tuhan sebaik sahaja mereka serangan sawan berlaku. Mereka mengaku bahawa mereka bera­sa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah olah mendapat petunjuk semasa mere­ka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Situasi tersebut telah menarik minat penyelidik hinggalah membawa kepada kajian tentang 'God Spot'.
Kajian ini telah melibatkan dua ke­lompok manusia sebagai tujuan per­bandingan kajian. Kumpulan pertama merupakan pesakit sawan dan yang ke­dua pula ialah golongan yang beragama misalnya paderi, 'nun, sami Budda dan termasuk alim ulama dari agama Is­lam. Kajian dijalankan dengan kaedah teknikal mereka iaitu EEG, fMRI dan PET Scan.
 
Semasa sedang diuji, tindak balas otak mereka telah direkodkan. Para testi­moni ini telah ditunjukkan beberapa siri perkataan yang merujuk kepada agama dan ketuhanan sepanjang kajian. Hasil­nya, para pesakit epilepsi dan kumpu­lan agama ini menunjukkan tindak balas saraf yang sama sebaik mereka memikirkan tentang Tuhan dan kepercayaan. Dengan erti kata lain, 'God Spot' bertin­dak sama seperti antena yang memandu kita untuk berfikir tentang ketuhanan.
 
 
Hasil kajian akhirnya mendapati ti­dak kiralah sama ada seseorang itu per­caya kepada agama mahupun tidak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana saraf ini digunakan dan diperkem­bangkan.
 
Dengan itu, sebaik sahaja manu­sia melangkahkan kaki ke tempat ibadah yang suci sama ada masjid atau gereja, perasaan ingin menghambakan diri dan ingin menjunjung Tuhan sentiasa mengisi hati mereka. Sesetengah saintis men­gatakan itulah tindakan 'God Spot; atau pusat spiritual yang terkandung di dalam otak manusia.
 
Tuhan meletakkan saraf 'God Spot' di dalam otak manusia kerana itu adalah pilihan-Nya sebagai salah satu cara un­tuk Dia berhubung dengan hamba-Nya. Dan kita sebagai hamba boleh mem­perkembangkan lagi saraf ini jika kita mahu lebih mengenali dan memahami tentang Tuhan.
 
Memetik inspirasi daripada ayat Al­Quran, Dr-Suraiya menjelaskan baha­wa 'God Spot' haruslah diperkembang­kan dengan sempurna bagi mereka yang mencintai agama. Manakala bagi mereka yang tidak mahu memperkembangkan fungsi saraf 'God Spot' ini, mereka akan dikatakan sebagai pekak, bodoh dan bu­ta'Summun Bukmunn Ummyunn'.
 
Kecerdasan Spiritual
 
Kalau dulu kita hanya tahu yang otak digunakan untuk kecerdasan min­ds (Intelligent Quotient -IQ) dan kecer­dasan emosi (Emotional Quotient), kini dengan terbongkarnya 'God Spot', kita telah belajar tentang satu lagi potensi manusia yang lebih hebat dan luar biasa iaitu kecerdasan spiritual (Spiritual Quo­tient). Jadi dengan tergabungnya ketiga­ tiga kecerdasan ini, manusia akan men­jadi lebih sempurna dan terpuji.
 
Menurut Dr.Suraiya. umat Islam di­pandu oleh wahyu dan Al-Quran adalah panduan sepanjang hayat. Jadi apabi­la adanya kajian saintifik yang berjaya membenarkan isi-isi Al-Quran ini, se­bagai umat Islam kita wajar untuk ber­syukur dan meningkatkan lagi keiman­an diri.
 
Kita telah mempelajari tentang saraf 'God Spot' yang ada di dalam otak setiap manusia. Sekiranya saraf ini dirangsang dengan sempurna, perilaku manusia pastinya akan lebih sihat dan sejahtera tidak kira dari segi fizikal mahupun men­tal. Pendek kata, sifat kemanusiaan akan lebih tergarap dan lahirlah insan yang lebih terpuji. Namun, kehendak untuk memperkembangkan 'God Spot' ini pu­le bergantung kepada kecer­dasan emosi dan spiritual di dalam diri seseorang.
 
Mereka mengaku bahawa mereka berasa lebih dekat dengan Tuhan dan seolah-olah mendapat petuniuk semasa mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
 
Apakah itu kecerdasan emosi dan spiritual? Bagaimanakah pula caranya untuk kita mencapai tingkat kecerdasan itu? Dan terakhir sekali, apakah pula pentingnya kecerdasan emosi dan spiritual pada manusia?
 
Memetik sedikit tulisan daripa­da buku ESQ Emotional Spiritual Quo­tient, Danah Zohar dan Ian Marshall telah mendefinisikan kecerdasan spiri­tual sebagai kemampuan untuk menem­patkan tindakan dan hidup kita dalam konteks yang lebih luas. Apabila spiritu­al di dalam hati manusia telah dididik de­ngan sempurna, ia secara tidak langsung mampu memicu kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) ke arah yang lebih sejahtera. Bukan sahaja untuk Tu­han dan diri sendiri, bahkan juga terh­adap perhubungan dengan orang lain, alam dan  apa sahaja yang ada di muka bumi  ini.
 
 
Menurut Dr. Suraiya pula, manusia yang bertindak berdasarkan kecerdasan intelektual (IQ) semata-mata adalah ma­nusia yang kaku atau boleh juga dikla­sifikasikan sebagai 'robot'. Mereka boleh mencapai tingkat kejayaan hidup yang tinggi tetapi pengisian nilai mere­ka adalah sifar. Mereka hanya mengejar material yang nampak, misalnya wang, harta, pangkat, kekayaan dan kesenan­gan hidup. Mereka ini hidup bertunjang­kan kepada nilai duniawi semata. Seha­rusnya ia perlulah digabungkan dengan kecerdasan emosi (EQ). Kecerdasan emosi akan membantu orang itu untuk melahirkan rasa gembira, suka, priha­tin, marah, sedih, bertangungjawab, ber­timbang rasa dan banyak lagi yang ada di dalam dirinya. Apabila ini terjadi, baru­lah orang itu boleh dianggap mempunyai 'nilai'. Namun begitu, kedua-dua nilai ini ternyata belum cukup untuk melahirkan peribadi yang menuju kesempurnaan.
 
Oleh itu, apabila kedua-dua nilai ini digabungkan dengan nilai spiritual, orang itu akan menjadi lebih sempurna. Kecerdasan spiritual membantu manu­sia mengeluarkan potensi diri dari sudut terdalam yang ada pada diri mereka (self conscience). Hasilnya, orang yang kuat akan membantu orang yang lemah, yang kaya akan membantu yang miskin dan yang lebih akan membantu yang kurang. Begitulah seterusnya. Ringkasnya, naluri kemanusiaan ini akan terdidik pada lan­dasan yang dikehendaki oleh agama.
 
Meningkatkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual
 
Tahap IQ adalah tetap manakala tahap EQ boleh ditingkatkan. Sebenar­nya kecekapan emosi boleh dipelaja­ri dan ditingkatkan pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja biarpun periba­di orang itu sudah diketahui tidak berapa baik, misalnya pemarah, sombong, bong­kak dan sebagainya. Dengan melihat dari sudut kemanusiaan, terbukti bukan IQ yang mempengaruhi nilai dan watak se­seorang. Sebaliknya ia bergantung ke­pada kemampuan emosi. Seharusnya sebagai manusia, kita dinasihatkan agar sentiasa meningkatkan kecerdasan emo­si dan spiritual ini.
 
Dalam Islam, perkara penting yang perlu ada untuk meningkatkan kecer­dasan emosi dan spiritual ialah dengan sentiasa mengamalkan konsep konsis­tensi, kerendahan hati, berserah diri, keikhlasan, menyeluruh, keseimbangan, integriti dan penyempurnaan. Sebena­rnya inilah nilai yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.1400 tahun yang lalu dan jelas terbukti kecerdasan emosi dan spiritual adalah akhlak dalam Islam.
 
Robert K. Cooper, PhD dan Ayman Sawaf pula memberikan satu kaedah un­tuk meningkatkan kecerdasan emosi iai­tu bangun tidur lima minit lebih awal daripada kebiasaan. Luangkan seminit dua untuk duduk dengan tenang dan pa­sangkan mata hati. Keluarlah dari fikiran dan masuklah pula ke dalam hati. Rasa yang terkandung di sini akan melahirkan apa yang anda rasai. Menurut Cooper dan Sawaf, cara ini mampu mendatang­kan kejujuran emosi, meningkatkan ni­lai-nilai kebijaksanaan dalam jiwa dan menyalurkannya ke dalam diri sehingga anda dapat mengaplikasikannya dengan lebih berkesan.
 
Menurut penulis buku Emotion­al Spritual Quotient, Dr.Ary Ginanjar, se­bagai seorang Islam, solat adalah cara terbaik untuk mencapai tingkat 'masuk ke dalam hati dan keluar dari fikiran anda' ini. Solat yang dilakukan dengan khusyuk mampu menajamkan hati dan menjelmakan sifat-sifat terpuji di dalam diri. Pendapat ini disokong oleh Dr. Surai­ya. Menurut beliau, gerakan di dalam solat khususnya semasa bersujud adalah satu simbolik secara psikologi untuk mewujudkan rasa hamba di dalam diri. Dengan ini, manusia faham akan fitrah asal kejadiannya dan tidak akan sekali­ kali mengingkari kenyataan ini.
 
 
Ketika bersujud, otak manusia be­rada pada tahap paling bawah dan di sinilah asalnya kita insaf akan kejadian diri. Bahkan dari sudut kesihatan juga, gerakan solat khususnya sujud mempu­nyai kesan yang amat baik pada kesiha­tan. Sujud misaInya mampu melan­carkan perjalanan darah, melegakan paru-paru daripada ketegangan, perger­akan otot menjadi lebih kuat dan elastik, mengelakkan pendarahan otak jika tiba ­tiba pengepaman darah berlaku dengan kuat dan banyak lagi.
 
Kesan Pada Pesakit
 
Sebagai seorang pengamal peru­batan, Dr. Suraiya mengakui beliau banyak mempelajari tentang kepentingan hal tersebut dengan melihat kepada reaksi penerimaan pesakit-pesakit beliau yang berbeza-beza.
 
"Apabila pesakit mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang tinggi, mereka biasanya reda dan berse­dia dengan takdir yang telah ditentukan terhadap mereka. Bagi yang beragama Islam, penyakit adalah ketentuan (Qa­da' dan Qadar) dari Allah SWT. Saya akui melayani pesakit yang seperti ini sangat mudah. Mereka tidak sedikit pun men­geluh. Usaha penyembuhan juga men­jadi lancar.
 
Berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai tingkat kecerdasan emosi dan spiritual yang sepatutnya. Golongan ini lazimnya tidak reda dengan ujian pe­nyakit itu dengan bersikap menyalahkan orang lain dan paling menyedihkan, ada di kalangan mereka yang mempersoal­kan tentang takdir yang menimpa mer­eka," ujar beliau.
 
Tambah Dr. Suraiya lagi, ternyata kecerdasan emosi dan spiritual itu san­gat penting dalam pembangunan insan. Apabila kecerdasan emosi dan spiritual `berjalan' pada landasan yang sepatut­nya, seseorang itu akan mampu:
 
Perta­ma; memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumf ini. Apabila mereka menjadi anak, mer­eka akan menjadi anak yang baik. Apa­bila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang balk.
 
Kedua; melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
 
Ketiga, memahami orang lain dan Skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
 
Keempat, menerima apa saha­ja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam mass yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.
 
April 2009
 
Link berkaitan
Biodata Vilayanur S. Ramachandran MD, PhD
Vilayanur Ramachandran: A journey to the center of your mind
 
**semua image dan link adalah atas usaha pemilik blog ini
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:    xxxxxxxxxx 
Terbitan asal:   I April 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/   
2010  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

Seks yang Halal dan Haram: Penemuan Sains Tentangnya - Oleh DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)


 
Manusia mempunyai nafsu serta kehendak dan Islam datang untuk menyalurkan nafsu dan kehendak itu ke arah kebaikan, melalui perkahwinan. Menerusi perkahwinan, jimak atau seks menjadi halal dan melakukannya berdasarkan batas-batas syariat dianggap sebagai ibadah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah di dalam hadis yang bermaksud,
 
 "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?'
Bersabda Nabi Muhammad, `Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahaW." (Riwayat Muslim)
 
Ibn Qaiyim Al-Jauziyah berkata dalam Tibbun Nabawi, "Tabib-tabib yang mahir berpandangan jimak adalah di antara cara yang terbaik untuk memelihara kesihatan seseorang."
 
Dari sudut spiritual, di antara kemanfaatan jimak ialah, ia memelihara penglihatan dari melihat sesuatu yang haram, memelihara nafsu, menjauhkan seseorang daripada perbuatan haram dan dengan itu mendatangkan kemanfaatan bagi diri, dunia serta akhiratnya. Kemanfaatan yang sama juga akan diperoleh oleh para isteri. Seks yang mendatangkan kepuasan yang maksimum ialah yang berasaskan kasih sayang dan kemesraan dan tidakhanya wujud di dalam bentuk hubungan fizikal. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al-Quran:
 
"Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikamNya di antaramu perasaan kasih sayang dan betas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21)
 
BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.
 
Cara Perlakuan Seks Yang Dihalalkan
 
Islam mengizinkan seseorang melakukan persetubuhan mengikut cara ataupun kedudukan yang digemarinya, namun memuaskan nafsu melalui saluran dubur atau anal sex adalah dilarang. Allah berfirman,
 
"Isterimu adalah kebun bagimu maka datangilah kebunmu dengan cara mana. yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223)
 
 
Wahyu ini diturunkan berhubung dengan sahabat Omar Al-Khattab yang menyetubuhi isterinya mengikut saluran biasa tetapi dari belakang, lantas beliau berasa takut dan terus menemui Nabi menceritakan tentang apa yang berlaku. Tidak berapa lama selepas itu, ayat ini pun diturunkan dan Nabi terus berkata kepada Omar,
 
"Bersetubuhlah dari hadapan atau pun dan belakang asalkan tidak dilakukan pada waktu haid dan tidak melalui dubur." (Riwayat Ahmad)
 
Berhubung dengan persetubuhan melalui dubur, ia dianggap sebagai satu dosa besar. Nabi bersabda,
 
"Allah tidak mahu melihat kepada lelald yang mendatangi lelaki
ataupun wanita di duburya." (Riwayat Tarmuzi)
 
Seks Yang Halal dan Kesihatan
 
Kajian menunjukkan ketika syahwat memuncak, badan seseorang mengeluarkan bahan-bahan  kimia  seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan  dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami isteri merangsang pengeluaran bahan oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia seperti yang disebutkan dalam News24.com, bertarikh 12 Februari 2001, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonin yang meningkan daya ketahanan badan dan sekali gus mencegah seseorang dari dijangkiti  penyakit.
 
Seks juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Dr. Paul Pearsall, Pengarah Perubatan Perlakuan atau Behavioural Medicine di Hospital Beaumont di Detroit, di dalam bukunya Sexual Healing berpendapat, kesihatan jantung tidak hanya bergantung kepada pemakanan, senaman dan genetik, malah ia juga bergantung kepada. Kesihatan emosi dan sosial. Kajian beliau menunjukkan ketidakpuasan di dalam hubungan seks sering kali mengaakibatkan serangan sakit jantung di samping penyakit-penyakit yang lain seperti  pening migraine dan radang sendi.
 
Bahaya Seks Ketika Haid
 
Islam menghararnkan seks ketika waktu haid Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya,
 
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat 222)
 
Nabi bersabda,
 
"Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran dubumya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke' atas Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
 
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, "Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum mandi wajib, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran."
 
Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangldtan kuman HIV meningkat dikalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit  Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti  kuman HIV bagi lelaki dan wanita. Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti  AIDS sebanyak enam kali ganda.
 
Persetubuhan pada waktu haid juga bolehmengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi KesihatanWanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.
 
Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovan mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit  ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya jika berlaku persetubuhan ketika itu.
 
Seks Bebas dan Penyakit Jangkitan Seksual
 
Nabi Muhammad bersabda,
 
"Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala  ini menimpa    satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pemah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al­Bazzar)
 
Penyakit-penyaldt  jangkitan Seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti  individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyaldt dari kumpulan ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Penyakit­penyakit  ini sering kali menyebabkan maut. Di Amerika sahaja ia menjangkiti  13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion.
Kesemua ini menunjukkan ajaran Islam sememangnya relevan sampai ke hari Kiamat. Justeru, rugilah mereka yang mengutamakan hawa nafsu serta mengabaikan landasan Islam yang sememangnya saintifik lagi menyihatkan.
 
* Penulis adalah Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, pengamal perubatan selama 20 tahun dan penulis buku. Beliau boleh dihubungi melalui E-Mail: dzcs)lifa@ streamymcom.
 
Mac 2008
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
** catatan  w@gim@n** Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:  Dr  Danial Zainal Abidin Terbitan asal:  I Mac 2008
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
2008  ® HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

Bukan Sekadar Celoteh Bayi - Oleh Saharil Hasrin Sanin

 
SEORANGbayi ada kalanya mengambil mass yang cukup lama untuk mempelajari perkataan pertamanya. Menurut ahli linguistik dari Universiti Harvard, Profesor Eric Lenneberg, adalah penting untuk seorang kanak-kanak mempelajari bahasa percakapan sebelum mencapai umur empat atau lima tahun. Penemuan beliau itu dipanggil "hipotesis tempoh kritikal". Jika tempoh kritikal empat hingga lima tahun itu dilewati, adalah sukar atau mustahil untuk kanak-kanak tersebut bertutur seperti orang dewasa. Hipotesis beliau tersebut dapat diperhatikan dalam kes kanak-kanak feral (liar) yang tinggal sejak bayi di dalam hutan bersama-sama haiwan tanpa kehadiran manusia lain.
 
Walau bagaimanapun, dunia percakapan bayi bukanlah dipenuhi dengan bahasa dan perkataan yang serupa seperti dunia orang dewasa. Sebelum seorang bayi mula belajar bercakap bahasa pertuturan orang dewasa, mulutnya masih akan mengeluarkan celoteh­celoteh yang kedengaran seolah-olah bunyi­ bunyian huruf vokal yang rambang seperti "aah", "eh" dan "uuh". Mutakhir ini, beberapa kajian telah membuktikan bahawa bahasa celoteh yang dikeluarkan tersebut sebenamya mengandungi erti dan adalah penting sebagai jambatan komunikasi.
 
Celoteh bayi dikatakan sebagai satu fasa tumbesaran manusia dalam mempelajari bahasa. Fasa celoteh tersebut akan menjadi jelas ketika bayi berusia lima hingga tujuh bulan. Pada fasa celoteh, bayi akan mengeluarkan bunyi-bunyi bernada tinggi yang keluar dari bahagian kotak suara larinks – anatomi yang membenarkan bayi bernafas sewaktu menelan. Di telinga kita, bunyi tersebut umpama tidak mempunyai maksud yang standard, kedengaran seperti rawak.
 
Ketika membenarkan anak, ada  ibu bapa atau penjaga yang sengaja membiarkan bayi berceloteh dengan bunyi-bunyi rambangnya kerana memikirkan bahawa bunyi-bunyi tersebut tidak membawa erti apa-apa. Sebenarnya setiap celoteh bayi tersebut mempunyai maksud tersendiri yang cubs disampaikan dan harus  diberi  respons.
 
Setelah berusia setahun, tumbesaran farinks bayi akan menjadi matang dan membenarkan perkataan-perkataan dalam bahasa yang lengkap mula dituturkan, namun ada kalanya bayi-bayi akan terus berceloteh sehingga bertahun-tahun. Pada waktu itu, bunyi-bunyian tersebut sedang bersifat fonim (phoneme), iaitu bunyi yang melambangkan maksud yang mahu disampaikan: contohnya "uh oh" untuk "kita ada masalah", dan "vroom" untuk "kenderaan".
 
Salah satu kajian terkenal yang membentang perihal bahasa celoteh bayi telah dilakukan oleh Priscilla Dunstan dari Australia. Menurut beliau, celoteh bayi sebenamya bukanlah rawak tetapi mempunyai maksud yang tertentu. Sebelum berusia tiga bulan, bunyi-bunyi celoteh yang dikeluarkan oleh bayi sebenarnya adalah refleks natural biologi, sama seperti bunyi refleks lain yang terjadi pada manusia seperti sedu, sendawa dan bersin. Oleh sebab bunyi secara natural, maka ia adalah satu bahasa tubuh yang universal, tidak tertakluk kepada budaya dan bahasa ibunda keluarga yang memelihara bayi.
 
Bunyi-bunyian refleks yang disebutkan oleh Priscilla Dunstan ialah "Bahasa Bayi Dunstan" dan mempunyai lima perkataan utama. Perkataan yang pertama ialah "neh" yang bermaksud "beri saya makanan". Menurut Dunstan, bunyi "neh" terbit secara semula jadi apabila tubuh bayi terasa lapar lalu lidahnya melekap pada lelangit rahang lalu mengeluarkan bunyi seolah-olah menghisap. Apabila ibu-ibu atau penjaga mendengar bunyi hisapan tersebut, makanan haruslah segera diberi kepada bayi.
 
Perkataan kedua ialah "eh", dikatakan sebagai bunyi refleks yang diterbitkan apabila bayi cuba mengeluarkan gelembung udara yang tersangkak di dadanya. Perkataan itu meminta penjaga menepuk-nepuk belakangnya, memudahkan ia sendawa. Perkataan ketiga dalam Bahasa Bayi Dunstan pula ialah "eairh", yang terhasil apabila ada poket udara yang terperangkap di dalam perut bayi mengalir ke dalam ususnya membuatkan otot usus mengecut bagi melancarkan edarannya. Selalunya, apabila mengeluarkan bunyi ini, bayi akan mengangkat kakinya, seolah-olah sedang mahu memberi tekanan kepada perut. Bayi tersebut sebenamya mahu memberi tahu dia mahu kentut atau membuang air besar.
 
Perkataan keempat ialah "owh" yang bermaksud "saya letih dan mengantuk", dan sebenarnya kedengaran seperti bunyi menguap, manakala perkataan kelima dalam Bahasa Bayi Dunstan ialah "heh" yang bermaksud "saya tak selesa". Menurut Dunstan, bunyi "heh" tersebut memang mempunyai nada tidak selesa dan terhasil secara automatik apabila kulit bayi berasa gatal atau tidak senang, akibat basah berpeluh atau tersentuh sisa buangan.
 
Walau bagaimanapun, Bahasa Bayi Dunstan hanya mujarab untuk bayi-bayi sebelum usia tiga bulan, kerana selepas usia tersebut, bayi akan mula bertutur dengan perbendaharaan kata yang lebih luas (walaupun masih kedengaran seperti bunyi-bunyian rambang), bukan sekadar bunyi-bunyian refleks yang terhasil secara semula jadi. Semakin membesar seorang bayi, celotehnya akan menjadi semakin kompleks. Kajian juga mendapati, bukan bayi manusia sahaja yang mengeluarkan bunyi-bunyi celoteh tersebut. Beberapa bayi spesies monyet tamarin dan marmoset turut mengeluarkan bunyi-bunyi celoteh serupa manusia.
 
Ketika berinteraksi dengan bayi, anda haruslah turut berceloteh dalam bahasa bayi, bukan bertutur dalam bahasa orang dewasa yang baku dan standard. Menurut kajian oleh Dr. Reschke dari  Universiti Ohio, bayi sebenamya lebih faham bahasa celoteh dengan sebutan -sebutan pelat serta nada yang tinggi daripada bahasa pertuturan standard yang lebih "tenang". Pakar turut mengatakan, berbual dengan bayi menggunakan bahasa celoteh akan menguatkan kepercayaan bayi dan mengakrabkan hubungannya dengan penjaga. Secara psikologi, perhubungan akrab tersebut akan membentuk keyakinan anak apabila dia dewasa.
 
Menurut kajian Rima Shore dalam Rethinking the Brain: New insights into Early Development, respons haruslah diberi kepada bayi apabila mereka berceloteh kerana ia penting untuk tumbesaran dan komunikasi bayi tersebut. Respons dan interaksi orang dewasa juga akan menggalakkan bayi untuk
terus berceloteh dan berkomunikasi, aktiviti yang kelak akan membantunya mempelajari bahasa sebenar.
 
Idea yang sama disentuh dalam buku Contemporaty Linguistic Analysis, tulisan pakar linguistik William O'Grady dan John Archibald. Dikatakan, seorang bayi yang tidak berceloteh dalam bahasa bayi sewaktu kecilnya akan mempunyai kesukaran bertutur mempelajari bahasa sebenar apabila besar kelak.
 
Begitulah ironi pembelajaran bahasa semasa kanak-kanak – jika tidak diajar berceloteh dengan bahasa yang pelat, kanak­ kanak akan menghadapi kesukaran untuk belajar bahasa yang betul dan standard apa bila sudah besar.
 
Pakar penjagaan bayi menyarankan, untuk berceloteh bersama-sama bayi, ibu bapa haruslah sentiasa mengulang perkataan yang disebut oleh bayi, meniru sebutannya. Dengan cara itu, bayi akan belajar berkomunikasi. Cakaplah dengan bernada dan berirama kerana bayi akan membed lebih respons kepada pertuturan yang sebegitu. Namun, jangan terlalu memaksa bayi untuk bertutur dan  berceloteh –ada waktunya, bayi perlu dibiarkan bersendiri dan berehat.
 
Begitulah serba sedikit dibongkar penyelidikan saintifik tentang celoteh bayi. Siapa sangka, bunyi-bunyian bayi yang kedengaran seperti tuturan rawak huruf-huruf vokal sebenarnya bahasa komunikasi yang penting dan sarat membawa erti. UK
 
Dewan Kosmik  April  2009
  
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:    Saharil Hasrin Sanin Terbitan asal:   DEWAN KOSMIK April 2009
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com
  
2010  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...