Tuesday, June 08, 2010

Sampaikan kepadaku khabar yang gembira ♥♥

nak diikutkan rasa,memang sungguh penat melayan cubaan dan ujian.hidup aku tak pernah lekang dek ujian.kata nenek,Allah memberikan ujian kepada hambaNya untuk menguji hambaNya.tapi kini,aku sudah tidak terdaya.hidup aku tak ubah seperti berjalan di lorong yang penuh duri,setiap masa perlu berjaga-jaga.ingin juga aku seperti mereka yang lain,ujian hanya datang sesekali.

sampai bila Ya Allah harus aku tempuhi segala kekusutan,bilakah Ya Allah aku akan bersenang lenang?aku meminta Ya Allah,sampaikan kepadaku khabar yang gembira.yang mampu mengeringkan tangisku selama ini.yang mampu membuatku senyum tanpa sebarang paksaan dan kepura-puraan..ku pinta hanya dariMu Ya Allah...

1 comment:

Anonymous said...

semua hamba mcm tu.. akn diuji.. kebahgian sebenar pabila di syurga.. sabar dan terus bersabar.. sbb sabar tidak ada had dan masa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...