Sunday, June 27, 2010

Kembali Ketemu

     Pejam celik sudah 2 minggu lebih saya tak 'on9',apabila dah dapat peluang 'on9' maka Facebook la yang akan saya buka dulu kemudian Blog.Dalam masa bercuti dari 'on9',begitu banyak benda yang telah berlaku.Antaranya...

    10 Jun lalu sepupu saya Azimah telah selamat dikahwinkan dengan teruna pilihannya iaitu Zulkarnain dan 12 Jun pula majlis dipihak lelaki.Sibuk betul saya masa tu,mana tidaknya kalau semua benda saya nak buat :p....Majlis berlangsung dengan lancar dan dalam keadaan yang sederhana sahaja.

    Kata orang jika kita selalu bersenang akan ada satu ketika tidak lama selepas itu kita akan berduka.Tanggal 23 Jun 2010,atok saya telah meninggal dunia akibat kemalangan.Pada petang sekitar jam 5 petang setelah pulang dari kelas,saya dan keluarga bertolak ke HUSM untuk melawat.Sampai saja di wad,saudara saya memanggil saya untuk berjumpa atok.Air mata tertumpah juga takkala melihat wajah atok yang bengkak dan lebam.Atok mencapai tangan saya dan berkata sesuatu,saya segera merapatkan telinga ke mulutnya."Jangan degil"...itulah pasan terakhirnya,tiba-tiba doktor menarik saya ketepi kerana atok sesak nafas.Tidak puas lagi berbual,saya menunggu doktor habis memeriksa atok dan berangapan bahawa selepas ini saya masih lagi punya waktu untuk berbual.Doktor keluar dan memanggil nenek atau anak dan doktor mengatakan bahawa atok nazak.Tidak sampai 5 minit nenek keluar memanggil semua saudara dan memberitahu saya bahawa atok sudah meninggal.Hampir pitam waktu itu,secara tiba-tiba saya terbayang wajah atok yang sangat rapat dengan saya waktu saya kecil lagi.Terbayang ketika dia mendukungku,menciumku,mangajarku mangaji dan solat.Semuanya sudah tiada...Dia atok terbaik,terhebat!Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah....

     26 Jun 2010,paksu telah selamat diijab kabulkan dengan dara pilihan hatinya Shuhada.Majlis dipihak lelaki akan berlangsung pada 2 Julai 2010..Suasana amat meriah kerana dihadiri oleh rakan-rakan artis dan sanak saudara yang merupakan anak seni juga.Sederhana tapi meriah...Berbaloi-baloi.... :D

2 comments:

Ecsenius said...

ermm..takziah sy ucapkn utk atuk awk..
sy pn pnah hadapi bnda yg sama..huhu..hnya doa yg mmpu kita usahakn ;)
26 Jun eh? hehe..x ajak pn..
awk bila lg?

Anonymous said...

Takziah kpd awk Iera.. semoga Allah menempatkan Atok awk bersama Para rasul dan Nabi2.. amin.. Al fatihah..
"jgn degil"
satu nasihat bg sy 1 azimat... jgn degil dgn Allah dan rasul.. itulah harapan sebenar Atok awk Iera... igtlah dr jauh ada org mendoakan awk dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam iman.. igtlah ustaz hanyalah title.. sapa2 pon bleh pakai title tu... tapi kekasih Allah adalah kurnian darjah kebesaran.. dia dikurniakan kpd siapa yg Allah kehendaki.. carilah kekasih Allah dan duduklah bersama mereka jika kamu masih belum mampu bersama Allah secara langsung.. kerana bersama kekasih Allah x ubah seperti bersama Allah... Atok awk nk awk jd kekasih sbb awk lah aset atok awk di dunia.. jgn lupa selalu sedekahkan al Fatihah kpd Roh beliau... igt lah alam nasut( alam ujian) hanyalah sementara.. manakala alam barzah menunggu kita bila2 masa.. doa sy org yg jauh kpd awk... aminnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...