Monday, April 05, 2010

Wudhuk terbatal atau tidak jika tersentuh atau bersentuhan dengan non-muslim?


Menjadi batalnya wudhuk kita itu jika kita ini umpamanya lelaki muslim dan tersentuh atau sentuh secara sengaja wanita non-muslim maka di sini barulah membatalkan wudhuk. Begitu juga dengan umpamanya wanita muslim tersentuh atau sengaja sentuh lelaki non-muslim maka barulah membatalkan wudhuk. Inilah yang ana belajar berdasarkan pendapat dalam mazhab syafi’e.

Kemungkinan ukhti maksudkan tentang lelaki muslim bersentuh dengan lelaki non-muslim atau wanita muslim bersentuh dengan wanita non-muslim akan membatalkan wudhuk. Sebenarnya selama ana belajar dari tahun 1 sehinggalah umur ana sekarang, ana tidak pernah lagi dengar atau terbaca tentang hal ini, ini kali pertama ana tahu tentang hal ini, jika benarlah tentang ini maka sepatutnya sudah ada diceritakan dalam buku pendidikan Islam di sekolah2 rendah dan menengah.

Dalam kitab Fiqh Manhaji pada bab perkara yang membatalkan wudhuk pun ana belum lagi jumpa yang mengatakan sebegitu. Sesiapa yang ada kitab Fiqh Manhaji maka boleh cuba cari ada ke tidak diceritakan tentang hal ini, setahu ana memang tidak ada. Yang ada diceritakan ialah suami yang menyentuh isterinya ataupun lelaki yang menyentuh perempuan ajnabiyah, begitulah juga sebaliknya, isteri yang menyentuh suami ataupun perempuan menyentuh lelaki bukan mhram. Sentuh secara sengaja atau tidak sengaja maka wudhuk tetaplah batal, itulah pendapat mazhab kita syafi’e.

Jadi setahu analah, bersentuhnya lelaki muslim dengan non-muslim tidak membatalkan wudhuk begitu juga dengan bersentuhnya wanita muslim dengan wanita non-muslim.

Kalau boleh jangan peningkan kepala kita dengan perkara2 sebegini.
Ada perkara yang kita anggap betul tetapi pada hakikatnya salah dan ada perkara yang kita anggap salah tapi pada hakikatnya betul. Kenapa kita tak dapat nak bezakan yang mana betul dan yang mana salah? Sebab kita ni jahil sangat dengan hal2 agama, sibuk cari hal2 dunia sampai tinggal hal2 agama. Ana tidak tujukan pada orang bertanya ini, alhamdulillah ukhti ini bagus kerana dia tidak tahu maka dia bertanya. Maka dari pertanyaan dia ini mendapat manfaat pula pada orang lain yang tidak tahu.

Ramai orang kata kita patut seimbang dunia akhirat, tetapi pada hakikatnya mereka melebihkan dunia dari akhirat. Maka sebaiknya jangan hanya pandai bercakap sahaja, semua orang boleh bercakap itu dan ini, nasihat orang itu dan ini tetapi apakah kesan pada diri sendiri yang bercakap? Apakah kita buat apa yang kita cakapkan? Sebab itulah anggota pancaindera yang Allah kurnia ini perlu dijaga dengan sebaik2nya, Allah hanya kurnia satu sahaja mulut, tidak seperti mata, telinga yang ada dua, jadi apabila Allah kurnia hanya satu mulut diantara supaya kita menjaganya dengan sebaik2nya.

Wallahu’alam.-Al Azhar Addin

**Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e

****Kalau boleh ana tidak mahu berlaku salah faham di sini, ana bukan Ustaz Azhar Idrus atau seorang ustaz, ana ni pun bukannya alim dalam hal2 agama pun hanya tahu sikit2 sahaja, kalau hal2 fardu ain tu sikit2 ana boleh lah jawab tapi kalau masalah2 feqah yang lain tu wallahu'alam.

Tulisan : 
http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000386686039

Sumber : 
http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/al-azhar-addin/hukum-sentuh-non-muslim/405311338453

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...