Friday, April 30, 2010

Coli sempurna

coli yang bagus membantu memberikan sokongan pada payudara kamu dan untuk mereka berpayudara besar,coli yang bagus akan membantu membaiki postur badan.


Jom cari coli yang sesuai buat kamu... 

  • adakah ia padan dengan kamu?coli kamu sepatutnya tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
  • adakah ia selesa pada kulitmu? tidak gatal-gatal atau miang?
  • adakah dawainya terlalu keras? kamu mungkin akan berasa sakit selepas satu jangka masa.adakah talinya terlalu longgar atau nipis? adakah ia memberi sokongan yang bagus?                                                                                                                                                              Coli yang tidak padan dengan tubuh kamu akan meninggalkan kesan pada kulit serta mungkin menyakitkan belakang dan tubuh.Sekiranya kamu aktif bersukan,pilih coli dengan tali lebar,lembut atau coli sukan jenis "racerback" - ia akan membuatkan kamu lebih selesa.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      MITOS 
KERAP MEMAKAI COLI AKAN MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA.

          FAKTA

COLI TIDAK MENYEBABKAN KANSER PAYUDARA.SEMAKIN WANITA MENINGKAT USIA,RISIKO MENDAPAT KANSER PAYUDARA MENINGKAT.WANITA YANG MENDAPAT PERIOD PADA AWAL USIANYA JUGA BERISIKO TINGGI.SAMA JUGA DENGAN WANITA YANG HAMIL BUAT KALI PERTAMA PADA UMUR YANG AGAK LEWAT,CONTOHNYA DALAM LINGKUNGAN 30 TAHUN.PENGAMBILAN PENCEGAH KEHAMILAN ORAL AKAN MENINGKATKAN RISIKO MENDAPAT KANSER PAYUDARA TETAPI RISIKO AKAN BERKURANGAN SEBAIK SAHAJA PENGAMBILAN DIHENTIKAN.  

Hai,selaput dara

    Selaput dara merupakan membran nipis yang menutupi sebahagian daripada bukaan vagina.

    Bayangkan selaput dara itu seperti plastik nipis yang menutupi sebiji cawan,tetapi tidak sepenuhnya kerana biasanya terdapat lubang di tengah.Bukaan ini penting agar darah haid boleh keluar melalui vagina kamu.

     Biasanya selaput dara akan pecah ketika persetubuhan buat kali pertama,dan kamu akan merasa sedikit sakit serta terdapat sedikit pendarahan.Sebab itulah,jika zaman dahulu masyarakat selalu berkata selaput dara yang pecah menunjukkan gadis itu bukan lagi anak dara.


      Tapi sekarang kita semua tahu yang selaput dara itu juga boleh pecah disebabkan aktiviti lain -- bukannya persetubuhan semata-mata.Contoh paling mudah ialah menunggang basikal dan menunggang kuda.Ini juga perkara biasa.Jadi kamu janganlah risau."Tiada selaput dara" bukan bermakna kamu "bukan anak dara lagi"
 

Eeee ada baulah!

Bau badan berbeza antara satu gadis ke gadis yang lain.Semasa baligh,pertambahan hormon dalam tubuh kamu akan merangsang kelenjar peluh pada ketiak,payudara,tapak tangan dan kaki,dan lebih kelenjar khas yang dipanggil kelenjar sebum pada kulit kepala dan wajah.Jika kamu tidak membersihkan badan,ia akan menyebabkan bau badan.Busuknye!


Elakkan bau badan..

  • Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  • Kerap menyalin baju dan jangan biarkan baju basah mengering pada tubuh kamu
  • Memakai baju yang longgar dan diperbuat daripada kain yang nipis untuk mengelakkan kamu daripada banyak berpeluh.
  • Boleh juga gunakan minyak wangi untuk mengurangkan bau badan.  


Tahukah kamu... 

Kelenjar peluh yang dipanggil kelenjar aprocine membebaskan satu bahan kimia istimewa dipanggil feromon.Ia seperti minyak wangi semula jadi dan merangsang tindak balas seksual daripada mereka yang berlawanan jantina. 

Wednesday, April 07, 2010

Kami prihatin (T_T)

"Harapan Tanpa Suara"

di dalam kandungan ibuku tersayang,
aman kurasakan
degup jantungmu,jantungku..
irama penuh syahdu.

ku ingin rasakan kehangatan pelukan,
belaian kasih sayang,
ku jaga kau di hari tuamu,
andai panjang usiaku.

namun hanya harapan tanpa suara,
di dunia cuma seketika,
jasad kaku dibaluti kertas usang,
terbiar bagai sampah terbuang.

dimanakah ibu,dimanakah ayah,
bonekakah atau manusia,
anak tidak berdosa menjadi mangsa,
oleh hawa nafsu serakah.

Monday, April 05, 2010

Wudhuk terbatal atau tidak jika tersentuh atau bersentuhan dengan non-muslim?


Menjadi batalnya wudhuk kita itu jika kita ini umpamanya lelaki muslim dan tersentuh atau sentuh secara sengaja wanita non-muslim maka di sini barulah membatalkan wudhuk. Begitu juga dengan umpamanya wanita muslim tersentuh atau sengaja sentuh lelaki non-muslim maka barulah membatalkan wudhuk. Inilah yang ana belajar berdasarkan pendapat dalam mazhab syafi’e.

Kemungkinan ukhti maksudkan tentang lelaki muslim bersentuh dengan lelaki non-muslim atau wanita muslim bersentuh dengan wanita non-muslim akan membatalkan wudhuk. Sebenarnya selama ana belajar dari tahun 1 sehinggalah umur ana sekarang, ana tidak pernah lagi dengar atau terbaca tentang hal ini, ini kali pertama ana tahu tentang hal ini, jika benarlah tentang ini maka sepatutnya sudah ada diceritakan dalam buku pendidikan Islam di sekolah2 rendah dan menengah.

Dalam kitab Fiqh Manhaji pada bab perkara yang membatalkan wudhuk pun ana belum lagi jumpa yang mengatakan sebegitu. Sesiapa yang ada kitab Fiqh Manhaji maka boleh cuba cari ada ke tidak diceritakan tentang hal ini, setahu ana memang tidak ada. Yang ada diceritakan ialah suami yang menyentuh isterinya ataupun lelaki yang menyentuh perempuan ajnabiyah, begitulah juga sebaliknya, isteri yang menyentuh suami ataupun perempuan menyentuh lelaki bukan mhram. Sentuh secara sengaja atau tidak sengaja maka wudhuk tetaplah batal, itulah pendapat mazhab kita syafi’e.

Jadi setahu analah, bersentuhnya lelaki muslim dengan non-muslim tidak membatalkan wudhuk begitu juga dengan bersentuhnya wanita muslim dengan wanita non-muslim.

Kalau boleh jangan peningkan kepala kita dengan perkara2 sebegini.
Ada perkara yang kita anggap betul tetapi pada hakikatnya salah dan ada perkara yang kita anggap salah tapi pada hakikatnya betul. Kenapa kita tak dapat nak bezakan yang mana betul dan yang mana salah? Sebab kita ni jahil sangat dengan hal2 agama, sibuk cari hal2 dunia sampai tinggal hal2 agama. Ana tidak tujukan pada orang bertanya ini, alhamdulillah ukhti ini bagus kerana dia tidak tahu maka dia bertanya. Maka dari pertanyaan dia ini mendapat manfaat pula pada orang lain yang tidak tahu.

Ramai orang kata kita patut seimbang dunia akhirat, tetapi pada hakikatnya mereka melebihkan dunia dari akhirat. Maka sebaiknya jangan hanya pandai bercakap sahaja, semua orang boleh bercakap itu dan ini, nasihat orang itu dan ini tetapi apakah kesan pada diri sendiri yang bercakap? Apakah kita buat apa yang kita cakapkan? Sebab itulah anggota pancaindera yang Allah kurnia ini perlu dijaga dengan sebaik2nya, Allah hanya kurnia satu sahaja mulut, tidak seperti mata, telinga yang ada dua, jadi apabila Allah kurnia hanya satu mulut diantara supaya kita menjaganya dengan sebaik2nya.

Wallahu’alam.-Al Azhar Addin

**Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e

****Kalau boleh ana tidak mahu berlaku salah faham di sini, ana bukan Ustaz Azhar Idrus atau seorang ustaz, ana ni pun bukannya alim dalam hal2 agama pun hanya tahu sikit2 sahaja, kalau hal2 fardu ain tu sikit2 ana boleh lah jawab tapi kalau masalah2 feqah yang lain tu wallahu'alam.

Tulisan : 
http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000386686039

Sumber : 
http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/al-azhar-addin/hukum-sentuh-non-muslim/405311338453

Sunday, April 04, 2010

Tahniah

      Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana terpilih untuk memiliki anugerah Bintang Paling Popular 2009. Walaupun tahun ini merupakan tahun terakhir bagi beliau tetapi saya pasti nama beliau akan terus gah di arena seni dan akan terus diingati serta disokong oleh peminat-peminat beliau.Syabas dan tahniah diucapkan.Selamat maju jaya :D

Saturday, April 03, 2010

Purdah alahai purdah...

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(Surah al-Nur: Ayat 31).

Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.

Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.

PENGERTIAN PURDAH

Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.


Sumber:
http://buluh.iluvislam.com/?p=62

Baca tu...

Surah an-Nur ayat 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Maaf juga dari ana, pendapat ukhti itu adalah salah. Boleh kaum muslimah memakai seluar di hadapan orang awam dengan syarat seluar itu tidak ketat. Jika seluar itu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya itu maka haram dipakai.

”Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.”

Sebenarnya adakah ukhti fikir apa yang ana sebarkan selama ini berdasarkan pendapat ana semata2?

Kita sebagai orang awam tidak boleh mengeluarkan hukum2 untuk menyatakan itu haram, makruh, harus, wajib dan sebagainya, ulamak2 sudah menyatakan pendapat2 mereka dan pendapat2 mereka semestinya bersandarkan al-Quran dan hadits.

Setiap yang ana sebarkan, ana juga yang bertangunggjawab maka tidak perlu takut untuk sebarkan pada yang lain.

Wallahu’alam.- Al Azhar Addin

**Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...